Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 23 Nov - ExecuJet MRO Services Malaysia akan mempamerkan dan mempersembahkan perkhidmatannya yang meluas pada Pameran Penerbangan Selangor yang pertama, sekali gus menonjolkan kepentingan Malaysia sebagai hab di rantau ini untuk perniagaan dan penerbangan am.
Naib Presiden Perkhidmatan MRO Asia, ExecuJet MRO Services, Ivan Lim berkata, Malaysia mempunyai kedudukan yang kukuh sebagai hab untuk penerbangan perniagaan di rantau ini dan industri penerbangan perniagaan di Malaysia terus berkembang.
Ivan Lim
"Lapangan Terbang Subang ialah pangkalan ExecuJet di Asia. Sebagai pemain utama di rantau ini, kami sangat teruja untuk menunjukkan sokongan kami kepada industri, kerajaan dan komuniti penerbangan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, Pameran Penerbangan Selangor akan diadakan di Skypark Regional Aviation Centre, Lapangan Terbang Subang.
ExecuJet ialah penyedia perkhidmatan MRO penerbangan perniagaan terbesar di Malaysia.
Ia menjalankan kerja pada kerangka udara, avionik, enjin dan sistem dan komponen pesawat lain.
ExecuJet memiliki barisan jurutera dan juruteknik bertauliah dan diperakui di peringkat antarabangsa untuk menjalankan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pada pelbagai jet perniagaan, termasuk dari Dassault, Bombardier dan Gulfstream.
Selain itu, ExecuJet menyokong pesawat sementara di seluruh rantau melalui perkhidmatan pesawat di atas tanah (AOG) sepanjang masa dan sokongan pihak pembaikan mudah alih. -DagangNews.com