Fabian Emanuel
Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Mac. - foodpanda Malaysia melantik Fabian Emanuel untuk memegang peranan baharu baharu sebagai Ketua Kempen Asia Pasifik.
Terdahulu, Emanuel memegang jawatan sebagai Ketua Pemasaran di syarikat berkenaan.
foodpanda dalam satu kenyataan berkata, jawatan baharu itu diberi susulan kecemerlangan Emanuel yang berjaya mendorong pertumbuhan foodpanda Malaysia sejak menyertai organisasi berkenaan pada 2017.
Mengulas berkaitan pelantikan tersebut, Emanuel berkata, beliau percaya pada tujuan, masej dan tujuan foodpanda.
"Saya gembira dapat menggalas peranan yang lebih baik yang membolehkan saya memberi sumbangan lebih besar kepada pertumbuhan jenama secara menyeluruh di rantau ini.
"Lebih empat tahun saya berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran foodpanda Malaysia dan kami bersama-sama menjayakan jenama serta beberapa inisiatif pemasaran yang menarik di negara ini.
"Saya akan berusaha untuk meneruskan momentum ini dan memberikan lebih banyak kejayaan di peringkat serantau," katanya.
Dengan jawatan baharu itu, beliau akan memimpin aktiviti pemasaran jenama menerusi kempen media sosial dan digital, iklan dan projek kreatif.
Tambah foodpanda, beliau adalah individu penting dalam mengatur pelbagai strategi untuk semua pasukan pemasaran, digital, iklan, komunikasi dan kreatif.
Sebelum berkhidmat bersama foodpanda, Emanuel pernah bertugas sebagai Perunding Pemasaran Media Sosial di Yumela Communications selepas memegang peranan sebagai Perunding Digital di syarikat Basicmy Sdn. Bhd.
Selain Emanuel, foodpanda baru-baru ini turut membuat dua pelantikan lain itu Vanita Menon Kris sebagai Ketua Pemasaran New Verticals dan Caroline Wee sebagai Ketua Pemasaran Penghantaran Makanan.
Vanita bertanggungjawab untuk memastikan strategi pemasaran dan komunikasi bagi kedai foodpanda, pandamart dan pandapro.
Sementara itu, Caroline menyertai foodpanda Malaysia dengan pengalaman hampir sembilan tahun dalam pemasaran industri. - DagangNews.com