Faith Events 2024 Sonny Bill Williams Live In Malaysia tajaan CIMB Islamic tarik hampir 2,000 penonton pada hari pertama | DagangNews Skip to main content

Faith Events 2024 Sonny Bill Williams Live In Malaysia tajaan CIMB Islamic tarik hampir 2,000 penonton pada hari pertama

Sonny Bill Williams (kiri) bersama Shaykh Wael Ibrahim ketika Dunya Detour Session pada acara Faith Events 2024 Sonny Bill Williams Live In Malaysia di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Feb - Siri acara pendidikan Islam, Faith Events 2024 menerusi penganjuran Sonny Bill Williams Live In Malaysia yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat di sini mendapat sambutan hangat apabila menarik hampir 2,000 penonton pada sesi hari pertama.

 

Siri pertama Faith Events 2024 yang melibatkan legenda pasukan ragbi New Zealand All Blacks bersama pendakwah terkenal di peringkat antarabangsa dari Mesir, Shaykh Wael Ibrahim itu berlangsung selama dua hari bermula 17 dan 18 Februari 2024.

 

Sonny Bill akan berucap sepanjang dua hari dengan kedua-dua sesi bertajuk 'A Step Nearer to God' dan 'A Mile in My Shoes' yang dikendalikan oleh Shaykh Wael.

 

Dalam pada itu, acara pembukaan hari ini dimulakan dengan alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran daripada Qari Akhbar dari Al-Khadeem pada pukul 11 pagi.

 

10 minit kemudian, ia diteruskan dengan sesi perkongsian bertajuk 'The Quest for Meaning' oleh Shaykh Wael yang mana sesekali menghiburkan para penonton dengan elemen jenaka ketika menyampaikan ceramah.

 

Acara diteruskan dengan 'Dunya Detour Session' oleh Sonny Bill yang dikendalikan Shaykh Wael, menceritakan tentang kisah bagaimana Sonny Bill memeluk agama Islam dan seterusnya mengubah hidup beliau, yang banyak memberi inspirasi kepada penonton.

 

Sejurus selepas waktu rehat dan solat Zuhur, acara diteruskan dengan sesi soal jawab Sonny Bill dan Shaykh Wael bersama para penonton pada pukul 2.30 petang.

 

 

sonny
Sonny Bill Williams (kiri) bersama Shaykh Wael Ibrahim ketika Dunya Detour Session pada acara Faith Events 2024 Sonny Bill Williams Live In Malaysia di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.

 

 

Pada penutup acara pada pukul 4 petang pula, Sonny Bill mengadakan sesi autograf barangan untuk Gaza Charity dan sesi autograf buku bersama Shaykh Wael.

 

Sonny Bill, yang berasal dari New Zealand, adalah seorang lagenda sukan dengan kerjaya cemerlang, peninju 'heavyweight' dan bekas pemain ragbi profesional yang memeluk Islam pada 2009.

 

Sementara itu, CIMB Islamic Bank Bhd menjadi penaja platinum Faith Events 2024 untuk program Sonny Bill Williams Live In Malaysia.

 

 

sonny
Shaykh Wael Ibrahim

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan Faith Events, penganjur acara pendidikan Islam terkemuka yang membawa ulama dan penceramah terkemuka kepada khalayak Malaysia.

 

"Kami percaya platform unik yang menampilkan penceramah terkemuka dari latar belakang dan budaya yang berbeza ini akan membantu memainkan peranan penting dalam memupuk pemahaman dan penghayatan yang lebih besar terhadap nilai-nilai yang secara universal merapatkan komuniti Malaysia dan di seluruh dunia.

 

 

CIMB
Hampir 2,000 penonton menghadiri acara Faith Events 2024 Sonny Bill Williams Live In Malaysia di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN: CIMB Islamic menjadi penaja platinum Faith Events 2024, bermula dengan Sonny Bill Williams Live In Malaysia

 

 

CIMB

 

 

"Kami berharap hadirin yang daripada pelbagai latar belakang termasuk pelanggan CIMB bakal mendapat inspirasi daripada Sonny Bil Williams dan Shaykh Wael Ibrahim dengan nilai teras mereka yang boleh diiktiraf secara universal oleh semua, seperti membantu golongan kurang bernasib baik melalui usaha kebajikan," katanya dalam kenyataan media.  - DagangNews.com