FBM KLCI naik 0.66%, lepasi paras 1,500 mata didorong belian saham ladang dan tenaga | DagangNews Skip to main content

FBM KLCI naik 0.66%, lepasi paras 1,500 mata didorong belian saham ladang dan tenaga

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bursa Malaysia meneruskan trajektori menaiknya untuk hari dagangan keempat berturut-turut untuk melepasi paras psikologi 1,500 mata pada hari ini.

 

Kesan positif tersebut didorong oleh belian terutamanya dalam saham perladangan dan tenaga, kata seorang pedagang saham.

 

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.84 mata atau 0.66% lebih tinggi untuk berakhir pada 1,502.07 daripada 1,492.23 penutup Jumaat.

 

Indeks penanda aras, yang dibuka 0.44 mata lebih kukuh pada 1,492.67, bergerak antara 1,490.69 dan 1,503.83 sepanjang hari.

 

Keluasan pasaran keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 546 berbanding 355, manakala 407 kaunter tidak berubah, 934 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

 

Jumlah dagangan susut kepada 2.38 bilion unit bernilai RM1.49 bilion daripada 2.79 bilion unit bernilai RM1.98 bilion Jumaat lepas. - DagangNews.com