HOI LAI PING (kiri) dan Yusli Mohamed Yusoff (kanan) masing-masing dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit FGV berkuatkuasa hari ini.
Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 20 April - Syarikat perladangan, FGV Holdings Berhad mengumumkan dua pelantikan dalam Jawatankuasa Audit syarikat yang berkuatkuasa hari ini.
Menerusi makluman FGV di Bursa Malaysia, Datin Hoi Lai Ping telah dinaikkan pangkat daripada Ahli kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit syarikat.
Lai Ping, 59, kini memegang jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif bebas di FGV.
Sementara itu, FGV turut mengumumkan pelantikan Datuk Yusli Mohamed Yusoff sebagai Ahli Jawatankuasa Audit syarikat.
Yusli, 62, juga merupakan Timbalan Pengerusi dan pengarah bukan eksekutif bebas FGV.
Secara keseluruhannya, kedua-dua mereka akan bekerjasama dengan seorang lagi Ahli Jawatankuasa Audit FGV, Datuk Shahrol Anuwar Sarman.
Setakat 3.35 petang, nilai saham FGV menyusut 0.02 sen kepada RM1.34. - DagangNews.com