Fiat Chrysler & PSA ubah syarat penggabungan | DagangNews Skip to main content

Fiat Chrysler & PSA ubah syarat penggabungan

Fiat Chrysler (FCA) dan Peugeot Citroen (PSA)

NEW YORK 15 Sept. - Fiat Chrysler (FCA) dan Peugeot Citroen (PSA) sepakat mengubah syarat penggabungan perniagaan mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Dalam perubahan tersebut, FCA bersetuju untuk menurunkan kadar dividen khas yang diagihkan kepada pemegang sahamnya kepada € 2.9 bilion (RM14.2 bilion) berbanding € 5.5 billion (AS$6.5 bilion) sebelumnya.
 
PSA pula akan mengagihkan 46% kepentingan sahamnya kepada syarikat pembuatan peralatan automotif Faurecia di Perancis kepada pemegang saham syarikat baharu.

Perubahan itu berbeza dengan persetujuan sebelum ini yang hanya melibatkan pemegang sahamnya sahaja.

Kedua-dua syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, keputusan yang dibuat itu turut dipertimbangkan kepada kesan kecairan yang dialami dalam industri automotif akibat COVID-19.

"Perubahan yang dibuat ini turut mengambil kira keseimbangan penggabungan asal yang sepatutnya diselesaikan pada akhir suku pertama 2021.

"Perubahan itu diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat bersama sokongan daripada pemegang saham," jelas FCA dan PSA.

Penggabungan syarikat dengan jenama terkemuka seperti Peugeot, Citroen, Fiat, Chrysler, Jeep, Alfa Romeo dan Maserati menjadi gabungan gergasi di peringkat global dan akan terus maju dengan operasi masing-masing.

Ketidakstabilan terhadap penggabungan mulai timbul sejak beberapa bulan lalu.

Pada Mei, FCA dan PSA mengumumkan akan mengetepikan pembayaran dividen sebanyak €1.1 bilion yang dirancang dalam penggabungan akibat penurunan COVID-19.

Dividen khas yang diberi oleh FCA kepada pemegang saham Faurecia juga turut bermasalah disebabkan oleh modal pasaran pembuat peralatan Perancis menurun sejak pengumuman penggabungan tersebut. - DagangNews.com