Filem Prebet Sapu terpilih ditayangkan di Festival Filem Kanada, Sepanyol, India & Smithsonian AS | DagangNews Skip to main content

Filem Prebet Sapu terpilih ditayangkan di Festival Filem Kanada, Sepanyol, India & Smithsonian AS

 

KUALA LUMPUR 18 Okt – Filem Prebet Sapu atau judul Inggeris Hail, Driver! telah dipilih untuk ditayangkan di festival dan acara antarabangsa pada Oktober dan November 2021.

 

Menurut penerbit sama filem ini, Azharul Azmir Kamarulzaman, Prebet Sapu merupakan filem arahan Muzzamer Rahman yang dilakonkan oleh Amerul Affendi dan Mei Fen Lim.

 

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan yang dihadapi oleh anak muda berbeza latar belakang di Kuala Lumpur pada hari ini.

 

Filem dalam hitam-putih ini dijayakan dengan penampilan istimewa oleh Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Roslan Madun, Chew Kin Wah, Nadiya Nisaa, Megat Shahrizal, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Atoi Tohet & Shah Kimin.

 

sapu

 

Prebet Sapu diterbitkan oleh Azharul Azmi yang merupakan Pengarah Urusan / Penerbit bagi syarikat Kristal Azmir Sdn Bhd dan Pengarah Pengasas Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF) serta kolumnis DagangNews.com.  

 

Azharul Azmi merupakan penerbit bersama filem ini dengan Bebbra Mailin, seorang penggiat filem terkenal berpusat di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Prebet Sapu sebelum ini ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival dan Far East Udine Film Festival telah mendapat pelbagai maklum balas positif dari penonton dan pengkritik filem.

 

Filem Prebet Sapu yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio akan menemui penonton Malaysia di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2021.

 

sapu

 

Festival dan acara tersebut adalah :

 

1. Toronto Reel Asian Film Festival ke- 25, Kanada 10-19 November.

Tayangan Perdana Amerika Utara

Pautan : https://www.reelasian.com/festival-events/film-hail-driver/

 

2. Asian Film Festival Barcelona (Netpac Section). 27 Okt – 7 Nov 2021

Pautan : https://asianfilmfestival.barcelona/2021/film-item/hail-driver/

 

3. Innovative International Film Festival ke-4, Bangalore , India.15-17 Oktober 2021.

Dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

Pautan:https://innovativefilmacademy.com/wp-content/uploads/2021/10/IIFF-Film-Screening-FINAL.pdf

 

4. Curator’s Choice - National Museum Of Asian Art, di Smithsonian American Art Museum, Amerika Syarikat 12 -28 November.

Sebahagian dari siri ‘Curator’s Choice’ yang juga menampilkan filem-filem pengarah Asia mapan seperti Hong Sangsoo, Sion Sono dan juga filem debut dari bakat baru Asia.

Pautan : https://asia.si.edu/events-overview/films/?trumbaEmbed=view=event%26eventid=156171116

 

Layari https://linktr.ee/prebetsapu untuk maklumat lanjut tentang Prebet Sapu. – DagangNews.com