KUALA LUMPUR 15 April – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi Selepas Jualan Raya bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022.
Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, untuk para pelanggan Ford yang merancang untuk balik kampung dan melancong semasa cuti Raya yang akan datang, pihaknya berharap promosi servis ini akan membantu mereka kekal selamat di jalan raya sambil menikmati lebih penjimatan.
"Pada masa yang sama, kami menggesa agar semua sentiasa berwaspada dan mengamalkan penjarakan, memakai pelitup muka terutama ketika berada di ruang tertutup, di samping menjaga kebersihan diri," katanyanya.
Penjimatan sehingga 20 peratus serta barangan cenderamata percuma
Pelanggan yang menempah slot servis semasa tempoh kempen akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej pemasa dan brek, selain potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej ini. Mereka juga boleh berjimat sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih.
Tawaran lain termasuk perkhidmatan tambahan seperti alignment dan balancing, servis asas penyaman udara, polishing dan sanitasi.
Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang berbelanja sejumlah RM1,000 dan ke atas untuk mana-mana tawaran kempen Raya ini dan servis terpilih lain akan menerima beg sukan eksklusif.
Untuk lebih kelegaan, semua pemilik Ford juga boleh mengambil kesempatan daripada pemeriksaan kenderaan 27 mata percuma yang dlakukan oleh juruteknik bertauliah Ford untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan terbaik.
Semua pelanggan perkhidmatan juga akan diberikan paket sampul Raya Ford.
Alat Ganti Tulen Ford dengan Waranti
Pelanggan mendapat jaminan bahawa hanya alat ganti Pengilang Peralatan Asal (OEM) digunakan oleh Pusat Servis Berdaftar Ford di seluruh negara.
Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan boleh yakin dengan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik kerana alat ganti tersebut direka khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi yang unggul. Ia juga didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan atau 20,000km, yang mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.
Untuk lebih jaminan pelanggan, semua Pusat Servis Berdaftar Ford dilengkapi kakitangan dan juruteknik serta peralatan diagnostik yang diperakui Ford.
Lebih perlindungan dan personalisasi
Untuk kembara dan perjalanan tanpa rasa bimbang, pelanggan Ranger boleh mendapatkan Pelan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford (Ford Extended Warranty PremiumCare Plan) dan menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kos pembaikan tidak diduga selepas tempoh waranti standard selama lima tahun tamat.
Selain itu, pelanggan Ford Ranger (set lengkap yang padan dengan Ranger XL, XLT & XLT Plus boleh menikmati tawaran pakej aksesori empat dalam satu berharga RM1,628 dan sesuaikan kenderaan mereka mengikuti citarasa sendiri. Mereka juga boleh membeli aksesori berasingan mengikut pilihan yang diinginkan.
Tempahan Janji Temu Dalam Talian yang Mudah
Pelanggan boleh menempah dalam talian janji temu servis untuk Pusat Servis Berdaftar Ford yang mereka inginkan di laman web Ford pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.
Bagi lima pusat servis berdaftar di seluruh negara iaitu, Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching, telah ada pilihan tempahan temu janji e-servis masa nyata. Ini membolehkan pelanggan mengetahui dengan segera slot masa yang ada serta memilih dan mengesahkan jadual pilihan mereka (sehingga sebulan lebih awal). – DagangNews.com