Gamuda raih margin keuntungan lebih rendah bagi kontrak di Singapura | DagangNews Skip to main content

Gamuda raih margin keuntungan lebih rendah bagi kontrak di Singapura

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Feb - Firma penyelidikan CGS-CIMB Research melihat margin keuntungan bagi kontrak kerja-kerja pembinaan stesen kereta api di Singapura yang diraih Gamuda Berhad adalah lebih rendah berbanding margin sebelum cukai iaitu sebanyak 10% hingga 15% bagi projek MRT Gamuda di Lembah Klang.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pemberian kontrak itu dilihat sebagai sesuatu yang lebih kompetitif berbanding yang lain. 

 

Katanya, walaupun projek itu akan menyumbang antara RM6 juta hingga RM11 juta dari segi keuntungan bersih setahun (untuk tempoh lapan tahun dengan 60% kerjasama di antas margin sebelum cukai antara 5% ke 11%) ia dilihat tetap bermakna dalam usaha mengembangkan operasi di luar negara.

 

"Nilai kontrak RM870 juta akan meningkatkan tempahan akhir 2021 sebanyak 23% kepada RM4.7 bilion akan menjadi tambahan bagi tiga kontrak luar negara (Taiwan dan Singapura) yang dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh dua ke tiga tahun," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Usaha sama Gamuda di Singapura yang terdiri daripada Gamuda Bhd Singapore Branch (GBSG) dan Wai Fong Construction Pte Ltd meraih kontrak bagi reka bentuk dan kerja pembinaan stesen dan terowong Defu daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) bernilai S$467 juta (RM1.45 bilion).

 

Projek itu terdiri daripada pembinaan stesen bawah tanah serta dua terowong manakala kerja pembinaan dijangka bermula pada suku kedua 2022 dan selesai pada 2030.

 

Stesen Defu merupakan sebahagian daripada projek Fasa 1 Cross Island Line (CRL1) sepanjang 29 kilometer yang merangkumi 12 stesen.

 

Pemberian kontrak itu mencerminkan kekuatan Gamuda untuk membentuk jalinan kerjasa dengan kontraktor luar negara bagi menjayakan pembinaan MRT dengan Wai Fong Construction memiliki keparakan dalam bidang kejuruteraan awam serta pembinaan bagunan dan sudah beroperasi di Singapura selama 28 tahun.

 

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan 'tambah' terhadap saham Gamuda pada harga sasaran tidak berubah sebanyak RM3.88 sesaham berdasarkan kepada kejayaan mereka meraih kontrak mega di luar negara. - DagangNews.com