GetBats bantu PKS dengan penyatuan data | DagangNews Skip to main content

GetBats bantu PKS dengan penyatuan data

Bekerjasama dengan Ekspo iFood yang menempatkan lebih daripada 200 pengusaha F&B

KUALA LUMPUR 17 Mac – GetBats, syarikat utama di Malaysia untuk pasaran data peniaga mengumumkan kerjasama dengan Ekspo iFood yang terdiri daripada peniaga kecil,  pengeluar pembungkusan, peralatan dapur, dan bahan mentah – memastikan para pelawat mendapat tawaran promosi dan pembekal yang terbaik untuk perniagaan mereka.

 

Kerjasama itu akan mempamerkan GetBats mengumpul dan menyatukan data untuk jenama yang terlibat termasuk penganjur sendiri, membolehkan peniaga mengakses data berharga dengan mudah mengenai para pelanggan dan corak perbelanjaan mereka.

 

Ekspo iFood yang diadakan sebelum ini berjaya menarik sehingga 60,000 orang dalam masa 3 hari. Keperluan untuk sistem penyatuan data yang berpengalaman adalah kunci untuk memastikan peluang pemasaran selanjutnya  dan GetBats berjaya memenuhi keperluan tersebut sambil menyediakan rangkaian sokongan kepada PKS yang mengambil bahagian.

 

Pelawat yang mengunjungi pameran tersebut dijemput melawat gerai peniaga yang mengambil bahagian dalam kerjasama GetBats.

 

Dari situ, para pelawat akan mengimbas bilangan kod QR yang ditentukan untuk melayakkan diri memenangi hadiah, dengan hanya memasukkan butiran diri.

 

Tidak melupakan ketelusan dan mematuhi undang-undang perlindungan data, para pelawat akan dimaklumkan terlebih dahulu bahawa data mereka akan digunakan untuk menerima promosi terkini daripada peniaga yang mengambil bahagian.

 

Data yang dikumpulkan daripada acara itu akan disatukan dan dikongsi oleh GetBats dengan peniaga dan juga penganjur iFood.

 

Seterusnya, ini membolehkan peluang pemasaran yang disasarkan dan nilai tambah untuk peniaga yang mengambil bahagian, kerana mereka akan dapat menguar-uarkan promosi ke pangkalan data baharu mereka sebelum pameran yang akan datang.

 

Strategi pemasaran yang direka dengan bijak ini adalah untuk mendorong peserta Ekspo iFood ke gerai-gerai tertentu, kerjasama antara kedua-dua gergasi itu sangat bergantung kepada ekosistem yang disediakan oleh GetBats.


 

ekspo
Ekspo iFood di Pavilion Bukit Jalil yang diadakan pada 31 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

 


Selain daripada menyatukan data yang diperoleh daripada Ekspo, iFood GetBats juga akan menguruskan data tersebut, dan menyusun sistem kod QR yang direka untuk interaksi pelawat.

 

Ketua Pegawai Pemasaran GetBats, Alvin Lee berkata, semua syarikat besar industri akan memahami bahawa data adalah lebih daripada sekadar komponen untuk menjalankan perniagaan yang berjaya – data adalah perniagaan.

 

‘’Dengan menggabungkan data daripada acara besar seperti iFood, kami yakin kami akan dapat membantu PKS dan peniaga-peniaga yang mengambil bahagian dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Menjuarai pertumbuhan PKS tempatan sejak awal lagi, GetBats telah lama memahami kepentingan platform yang kaya dengan data untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat baharu dan syarikat-syarikat kecil.

 

Lee berkata, banyak syarikat baharu dan PKS bergelut untuk memperoleh pangkalan data yang kukuh kerana kemajuan teknologi lebih unggul daripada kadar pembangunan.

 

Disebabkan ini, mereka bergelut untuk mendapatkan cerapan yang mereka perlukan, dengan data yang tersebar di pelbagai platform.

 

‘’Matlamat GetBats adalah untuk menyatukan platform dan menyediakan para peniaga dengan sistem yang bukan sahaja membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih baik, tetapi menyediakan sistem yang memenuhi keperluan mereka sepenuhnya,” kata Lee.

 

Ekspo iFood akan diadakan di Spice Arena Bayan Baru, Pulau Pinang dari 27 hingga 29 Mei dan Exhibition Hall Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 Julai. Layari getbats.com untuk maklumat lanjut. DagangNews.com