Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 21 Sept. - CGS-CIMB Research meneruskan saranan 'tambah' bagi harga sasaran saham syarikat Daiboci Berhad (Daiboci).
Keputusan saranan itu dibuat dalam nota kajiannya terhadap prestasi semasa syarikat berkenaan.
"Kami mengekalkan ramalan kami untuk Daiboci berikutan taklimatnya.
"Kami melihat bahawa keuntungannya akan bertambah baik kerana kumpulan ini akan berusaha mendapatkan lebih banyak perniagaan daripada pelanggan multinasionalnya di tengah-tengah proses penyatuan di ruang penukaran pembungkusan," jelas CGS-CIMB Research.
Dalam taklimat Daiboci pada 18 September lalu, kumpulan tersebut mengulas berkaitan pelaburan RM100 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 60% menjelang tahun kewangan Julai 2021.
Daiboci turut disokong oleh pengeluaran produk dan piawaian pembungkusan lestarinya yang menyasarkan lebih banyak perniagaan dengan pelanggan multinasional.
CGS-CIMB Research turut berpendapat bahawa Daiboci perlu mempunyai pegangan saham yang kuat dalam Scientex Bhd. bagi memberi kelebihan kepada kumpulannya berbanding syarikat multinasional dalam sektor makanan dan minuman.
Selain itu, permintan produk kumpulannya perlu konsisten khususnya selepas memperkenalkan bahan pembungkusan lestari.
CGS-CIMB Research turut mengekalkan harga sasaran sesaham (TP) pada nilai RM4.04.
Dalam pada itu, CGS-CIMB Research turut meramalkan keuntungan bersih Daiboci perlu mencapai tahap 33.4% berbanding prestasi semasa 2019 hingga 2022. - DagangNews.com