GlobalTech anjur Program Ilmuan Keusahawanan dengan kerjasama MRANTI dan AsiaTech | DagangNews Skip to main content

GlobalTech anjur Program Ilmuan Keusahawanan dengan kerjasama MRANTI dan AsiaTech

Amiruddin Abdul Shukor
Oleh JOHARDY IBRAHIM

SHAH ALAM 18 April – ASFO Global Technologies Sdn Bhd (GlobalTech) akan menganjurkan Program Ilmuan Keusahawanan yang pertamanya dan terbuka kepada orang ramai yang berminat.

 

Program yang bakal diadakan secara hibrid ini adalah tajaan Asiatech Education Sdn Bhd (Asiatech) dengan kolaborasi bersama MRANTI atau Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GlobalTech, Amiruddin Abdul Shukor berkata, siri pertama program ilmuan tersebut ialah Bicara Minda Usahawan yang dijadual pada 23 April ini.

 

Menurutnya, panel-panel yang terlibat ialah 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗿 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳 dari 𝗨𝗻𝗶𝗥𝗮𝘇𝗮𝗞; 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 𝗦𝗵𝗮𝘄𝗻 dari 𝗔𝗴𝗿𝗼𝗕𝗮𝗻k dan acara itu akan dikendalikan oleh R𝗼𝘀𝗹𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗗𝗮𝘂𝗱 dari 𝗠𝗥𝗔𝗡𝗧𝗜.

 

Amiruddin yang merupakan bekas pemangku CEO sebagai Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia atau MaGIC (kini digabung membentuk MRANTI) juga akan turut serta sebagai anggota panel.

 

``Sertai kami bersama barisan speaker tersohor yang mewakili industri, akademik dan komuniti untuk membicarakan secara santai tentang keperluan dan persiapan sebelum sesuatu perusahaan dilancarkan.

 

‘’Dan juga  bagaimana membangunkan perusahaan tersebut dalam situasi ekosistem yang mencabar.

 

‘’Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/MindaUsahawan,’’ katanya kepada DagangNews.com di sini hari ini.

 

 

GlobalTech

 

 

Amiruddin berkata, GlobalTech dengan kerjasama MARA dan MRANTI baharu sahaja selesai pada bulan lepas mengadakan program Produk Inovasi 2022 yang menyaksikan 115 inovator MARA turut serta.

 

‘’Hasilnya tujuh inovator melaksanakan pitching sebenar dan menerima maklum balas,’’ kata beliau.


 

GlobalTech

 

 

Beliau berkata, GlobalTech sedang mencari rakan kolaborasi atau penaja bagi program-program yang akan datang ini dan boleh melawat globaltech.my untuk maklumat lanjut.

 

Menurut beliau, pihaknya telah menyusun tema-tema yang tepat dengan keperluan seseorang individu untuk menambah pengetahuan.

 

Bagi bulan April hingga Jun, tema ialah Kotak Pemikiran Syarikat Permulaan dan Kanvas Model Perniagaan 101 (BMC)  selama sembilan minggu.

 

Pada Julai pula topik akan meliputi Pemasaran Digital, Perundangan, Kewangan dan Hubungan Pelanggan.

 

 

GlobalTech

 

 

Program Ogos pula berkaitan pemasaran atau Pitching, Pitching Deck dan Pengurusan Projek dan September, Pengurusan Pasukan dan Pengurusan Risiko. – DagangNews.com