Grab Malaysia buka pusat operasi baharu di AEON Midtown Falim, Ipoh   | DagangNews Skip to main content

Grab Malaysia buka pusat operasi baharu di AEON Midtown Falim, Ipoh  

oleh ZAKI SALLEH

IPOH 15 Dis - Grab Malaysia secara rasmi memindahkan operasi Grab Driver Centre (GDC) baharunya di Ipoh yang terletak di AEON Midtown Falim.

 

Ia bagi mengganti lokasi GDC sebelumnya di Vivo Square sebagai hab sehenti bagi segala pengurusan berkaitan.

 

Majlis perasmian GDC ini telah disempurnakan oleh Pengarah Luar Bandar Grab Malaysia, Ben Chin hari ini.


 

grab
Ben Chin (dua dari kiri) semasa merasmikan pembukaan GDC Grab Malaysia di AEON Midtown Falim, Ipoh hari ini.

 


Grab Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pemindahan ini dapat menyediakan ruang operasi yang lebih luas serta selesa.

 

Menurut kenyataan itu, GDC tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Grab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahlinya khusus pada pemandu.

 

"Antaranya untuk urusan harian termasuklah pendaftaran pemandu baharu dan rakan-rakan dagang yang lain.

 

"Ruang yang luas pula membolehkan kita melaksanakan sesi latihan dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam persekitaran kondusif.

 

"Ini kerana ahli-ahli kita iaitu para pemandu dan rider adalah aset utama, maka kita sentiasa memastikan keperluan mereka diberi perhatian," ujar kenyataan itu.


 

grab

 

grab

 


Pada masa sama, fungsi GDC penting untuk mengukuhkan hubungan komuniti pemandu dengan pihak pengurusan.

 

Justeru, penyediaan GDC yang lebih baik adalah perlu terutama di bandar besar seperti Ipoh untuk melancarkan lagi operasi Grab. - DagangNews.com