Great Eastern sedang dalam perbincangan untuk ambil alih syarikat insurans Malaysia AmMetLife | DagangNews Skip to main content

Great Eastern sedang dalam perbincangan untuk ambil alih syarikat insurans Malaysia AmMetLife

SINGAPURA 2 Ogos - Great Eastern Holdings mengesahkan sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih syarikat insurans Malaysia AmMetLife.

 

Pengesahan itu adalah susulan daripada laporan Bloomberg pada 31 Julai lalu yang menyatakan perbincangan mengenai sedang berjalan.

 

Great Eastern berkata, perbincangan untuk pemerolehan itu "sedang berjalan" tetapi prosesnya "di peringkat awal". 

 

"Tidak ada kepastian bahawa sebarang perjanjian muktamad atau mengikat akan dimeterai menurut perbincangan ini," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, ia akan mematuhi peraturan yang berkenaan untuk membuat pendedahan yang berkaitan pada masa yang sesuai.

 

Bloomberg melaporkan, anak syarikat Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC) sedang menjalankan usaha wajar ke atas AmMetLife Insurance Berhad dan mendapatkan kelulusan kawal selia untuk mendapatkan perjanjian itu, memetiksumber yang hampir dengan perkara itu.

 

AmMetLife, yang dimiliki bersama oleh syarikat AS itu dengan AMMB Holdings Berhad yang disenaraikan di Kuala Lumpur bernilai antara AS$250 juta hingga AS$300 juta.

 

Sumber Bloomberg menyatakan bahawa satu persetujuan boleh dicapai dalam beberapa bulan akan datang kerana rundingan sedang berjalan dan boleh berdepan sebarang masalah atau kelewatan.

 

Sementara itu, AMMB Holdings Berhad memaklumkan bahawa perbincangan awal telah dimulakan dengan Great Eastern Holdings Limited berkaitan dengan AmMetLife Insurance Berhad dan AmMetLife Takaful Berhad.

 

"Perbincangan itu adalah bahagian biasa dalam semakan perniagaan kami.

 

"Perbincangan ini masih di peringkat awal. Pada ketika ini, tidak ada kepastian bahawa kami akan memasuki sebarang perjanjian muktamad," katanya.

 

AMMB memberitahu bahawa sebarang dan semua pengumuman berkaitan perkara itu akan dilakukan mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. - DagangNews.com