Greenfield Residence tepati jadual serah kunci awal 2021 | DagangNews Skip to main content

Greenfield Residence tepati jadual serah kunci awal 2021

Greenfield Residence Bandar Sunway

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Meskipun masih berdepan dengan gangguan operasi akibat pandemik COVID-19, pembeli rumah Greenfield Residence akan menerima kunci rumah baharu mereka mengikut jadual iaitu awal tahun 2021.

 

Greenfield Residence merupakan pembangunan terulung yang dimiliki pemaju hartanah multi-nasional di Malaysia, Cicet Asia Development Sdn Bhd (Cicet Asia) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM580 juta. 

 

Pengarah Projek Cicet Asia, Tan Swee Ee berkata, pihaknya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pembangunan fasa pertama telah siap tepat mengikut jadual seperti yang janjikan. 

 

"Jika semua berjalan dengan baik, kami akan mengalukan penduduk ke sini pada awal tahun 2021.

 

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diistiharkan memberi impak kepada projek pembinaan kami, akan tetapi kami telah berjaya mengatasi cabaran ini. Ini menunjukkan bahawa pengalaman serta kesungguhan kami telah membantu kami untuk menepati janji kami, dan menyiapkan projek ini pada tarikh yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Projek berkenaan kini telah disiapkan 95% dan dijadual akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2020.

 

Susulan permintaan yang semakin meningkat bagi konsep dwi-kunci yang lebih fleksibel serta sesuai dengan perubahan gaya hidup norma baharu sekarang, Cicet Asia telah melancarkan satu kempen menarik iaitu Kempen Y.E.S. 

 

Kempen yang bermula sekarang hingga 31 Disember 2020 itu menawarkan pelbagai manfaat kepada pemilik Greenfield Residence dan beberapa unit terhad masih boleh didapati.

 

"Pembeli boleh berjimat sehingga RM238,888, ini termasuk pakej kelengkapan dalaman, pelaksanaan syarat-syarat Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021, khidmat guaman percuma, duti setem dan pembayaran ke atas Perjanjian Jual dan Beli dan pinjaman; hadiah bonus bernilai sehingga RM7,999 dan banyak lagi. (TnC).

 

"Greenfield Residence menawarkan rangkaian pengangkutan yang amat baik dan mudah diakses melalui jalinan lebuhraya yang luas iaitu LDP, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Pantai Baharu (N.P.E) dan Lebuhraya Konsortium Shah Alam Selangor (KESAS). 

 

"Bagi memenuhi Indeks Bangunan Hijau (GBI), Greenfield Residence telah membina ruangan hijau yang luas terbuka. Sebanyak 48% kawasan projek ini dikelilingi oleh kehijauan yang boleh dinikmati oleh penduduk dari pelbagai generasi," ujarnya lagi. - DagangNews.com