The Grill oleh Rasa Lama sajikan Buffet makan malam BBQ RM99 | DagangNews Skip to main content

The Grill oleh Rasa Lama sajikan Buffet makan malam BBQ RM99


PETALING JAYA  1 Dis - Restoran Rasa Lama memperkenalkan menu baru sempena Krismas ini iaitu buffet makan malam BBQ dengan harga RM99.

 

Terletak di tengah-tengah lokasi yang terkenal di SS 15, Rasa Lama merupakan satu-satunya restoran yang menawarkan buffet makan malam - semua anda boleh makan di Subang Jaya.

 

The Grill oleh Rasa Lama akan disediakan secara mingguan iaitu setiap Jumaat dan Sabtu bermula malam sambutan Krismas 24 Disember dari pukul 6 hingga 10 malam.
Harga yang ditawarkan ialah RM99 bersih (dewasa) dan RM49 bersih (kanak-kanak).

 

Bertemakan The Grill oleh Rasa Lama membawa sajian makanan tempatan, pelbagai menu dari makanan Barat yang dipersembahkan oleh chef Rasa Lama dengan menghidangkan aksi-aksi masakan secara langsung di depan mata pengunjung. 

 

“Dengan bauan makanan yang dipanggang dan disalai serta menyelerakan dan mengiurkan, ia adalah sesuatu yang lazat yang pasti tidak boleh dilepaskan untuk para pengunjung menikmati hidangan kami,” kata Chef Ashraff. 

 

Apa yang pasti kemuncaknya ialah para pengunjung boleh merasai dan menikmati sendiri bunyian dan deruan BBQ yang dimasak secara langsung oleh chef. 

 

Pilih dan nikmati sendiri pelbagai pilihan kambing, rusuk daging lembu, daging lembu, ikan siakap, makanan laut, ayam dan sosej.  


 

grill

 


Nikmati juga pembuka selera tempatan yang terdiri daripada Ulam-ulaman seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan banyak lagi.

 

Ulam-ulaman Selera Orang Lama dihidangkan dengan pelbagai pilihan sampingan seperti Sambal Belacan, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga, dan lain-lain. Berminat dengan menu lain? Jangan bimbang, Rasa Lama ada Gado-gado dengan Kuah Kacang, berasal dari Indonesia. Tambahan untuk pembuka selera.

 

Selain itu menubThe Grill turut menghidangkan Keropok Ikan, Udang, Malinjo, Sayur, dan Papadom.  


 

grill

 


Juga tidak ketinggalan ialah stesen Rojak Buah, yang asli dibawa terus dari Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai citarasa dan tekstur yang unik.

 

Ia didatangkan dengan jambu, nenas, mangga, belimbing, timun, betik, epal hijau, taugeh dan taufu yang diadun dengan sos manis dan pedas. Tidak ketinggalan hancuran kacang tanah ditambah untuk menambah keranggupan rojak itu.

 

Bagi melengkapkan hidangan untuk tidak dilupai, Rasa Lama menyediakan pelbagai hidangan kuih-muih seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Seri Ayu, Kuih Keria dan banyak lagi.

 

Sebagai pilihan akhiri hidangan anda dengan manisan mulut yang menyelerakan seperti  Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam atau pencuci mulut iaitu Air Batu Campur.


Bagi penggemar pencuci mulut Barat, anda boleh menikmati Panacotta dan Creme Caramel. Di samping itu pelbagai jenis minuman juga tersedia bagi menyegarkan tekak anda.

 

Tunggu apa lagi, untuk tempahan atau keterangan lanjut, sila hubungi (03) 5611 4321 atau WhatsApp 011- 2762 2118. - DagangNews.com