ANTA adalah antara jenama di bawah pusat beli-belah digital, O'HaloS.
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Akibat COVID-19, Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digitalnya, O’HaloS.
Semasa menubuhkan Halo Ventures, visi pemiliknya adalah untuk mewakili jenama gaya hidup bertaraf antarabangsa bermula dengan Skechers.
Sejak itu mereka meraih pertambahan jenama dari Obag, ANTA dan O’Bites yang meletakkan mereka dalam segmen penjagaan diri dan kesihatan melalui penerapan model perniagaan yang menggabungkan konsep perniagaan pusat jualan fizikal dan dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif Halo Ventures, Spencer Chua berkata, sememangnya menjadi matlamat syarikat untuk membangunkan laman e-dagang yang komprehensif dan ia direalisasikan menerusi O'Halos.
Melalui pusat beli-belah digital ini, katanya, pelanggan boleh berbelanja dengan selamat walaupun berada dalam situasi pandemik ketika ini.
"O’HaloS akan berfungsi sebagai enjin pemacu pembangunan perniagaan Halo Ventures yang beroperasi 24
jam sehari, 7 hari seminggu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Platform O’HaloS menerusi laman web www.ohalos.com merupakan syarikat platform e-dagang bagi pelbagai jenama yang menghubungkan kedai jualan dengan pelanggan melalui kaedah yang paling selamat.
Spencer berkata, pihaknya kini bercadang untuk menambah lebih banyak lagi jenama ke dalam O’HaloS supaya dapat menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan.
“Matlamat kami adalah untuk menjadi pusat beli-belah dalam talian setempat bagi pelbagai jenama yang membolehkan pembeli mendapatkan keperluan sukan, jenama barangan gaya hidup dan kudapan sihat dengan mudah dalam suasana yang selamat," katanya. - DagangNews.com