SHAH ALAM 31 Mei – Hampir 10,000 usahawan dan bakal usahawan telah mendaftar untuk menyertai program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis kelolaan Richworks International pada 4 dan 5 Jun ini.
Pengasas dan Pengerusi RichWorks International, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program tersebut disusun khusus bagi mempersiapkan `bangsa usahawan' berdepan cabaran masa kini terutama untuk bangkit pasca-pandemik, peningkatan harga barang dan inflasi.
Menurut beliau, usahawan yang menyertainya bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung bagi menguruskan perniagaan semasa tempoh mencabar ini.
Beliau berkata, program 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis tersebut ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks.
“RichWorks nak bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri.
“Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di Columbia Business School agar mampu urus keadaan ‘kemarau ekonomi’ dalaman malah luaran.
“Bangsa usahawan akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat ‘survive’ dan lagi baik berkembang dalam tempoh mencabar ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Richworks di Setia Alam, Sabtu lalu.
Azizan yang baharu kembali dari New York bagi mengikuti program selama tiga minggu di Columbia Business School berkata, kos menganjurkan program khas itu melibatkan lebih RM1 juta disebabkan kenaikan harga sewa dewan dan sebagainya.
Bagaimanapun, katanya, RichWorks akan terus menyokong usahawan dalam tempoh mencabar ini meskipun ada YouTuber mempersoalkan RichWorks dalam melahirkan jutawan hingga menarik perhatian netizen termasuk artis dan influencer.
“Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput untuk sertai,” katanya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, RichWorks mahu hanya mereka yang benar-benar bersedia untuk dibimbing selama dua hari menyertai program khas itu dan RichWorks akan mengadakan sesi bonus secara dalam talian.
“Terutama bagi usahawan-usahawan yang hadir program RichWorks secara maya sejak pandemik dua tahun lalu. Untuk keterangan lanjut, bangsa usahawan boleh layari binabisnesberjaya.com,” jelasnya.
Menurut , pihaknya telah dan sedang mempersiapkan segala kelengkapan serta kemudahan diperlukan untuk memberikan pengalaman terbaik buat usahawan yang bakal hadir dari seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International, Radz Mohd. berkata, tempat semakin terhad, mungkin kami akan menutup pendaftaran dalam beberapa hari lagi untuk mengelakkan kesesakan luar jangka. - DagangNews.com