Harga sasaran sesaham Mi Tech diunjur lebih rendah - Public Investment | DagangNews Skip to main content

Harga sasaran sesaham Mi Tech diunjur lebih rendah - Public Investment

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 3 Nov - Public Investment Bank mengekalkan panggilan 'Outperform' dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah pada RM5.04 berbanding RM5.78 bagi Mi Technivation Bhd. 

 

Firma penganalisis itu juga mengurangkan ramalan pendapatan syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2021 hingga 2023 sebanyak 4-10%.

 

"Kami baru-baru ini telah menghadiri taklimat maya MI Technovation (MI Tech) yang dihoskan oleh pengurusan. Perkara utama ialah peranan China sebagai pemacu pertumbuhan utama bagi unit perniagaan peralatan dan bahan Kumpulan dalam 2 tahun akan datang.

 

 "Kami percaya pengurusan merancang untuk menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan China untuk kedua-peralatan semikonduktor dan produk bahan, yang boleh membantu menambah baik margin dan jual silang kedua-dua produknya," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini. 

 

Perolehan Mi Tech melonjak +77% tahun ke tahun kepada RM114 juta, disumbangkan oleh unit perniagaan semikonduktor (+56.3%) dan unit perniagaan material (+43.7%), masing-masing. 

 

China, Taiwan dan Korea adalah tiga pasaran teratas dengan masing-masing menyumbang 42.0%, 32.8% dan 6.5%.

 

Sementara itu, jualan dari tiga pasaran teratas (China, Taiwan dan Korea)  membentuk 73.5% daripada jualan unit perniagaan peralatan semikonduktor manakala  jualan dari Taiwan, Singapura dan China membentuk lebih daripada 90% daripada  unit perniagaan bahan semikonduktor.

 

Sementara itu menurut Mi Tech, berikutan kejayaan penjualan sulung mesin pengikatan bantuan laser (LAB) kepada pembuat telefon Korea yang bereputasi, Kumpulan menyasarkan 20%-25% bahagian pasaran kerana ia telah memulakan kelayakan untuk pelanggan berpotensi lain.

 

"Ia menyasarkan untuk menyampaikan 10- 15 unit sistem LAB pada tahun 2022," kata Public Investment. -DagangNews.Com