HE Group raih kontrak RM35 juta bagi kerja-kerja sistem pengagihan kuasa kilang semikonduktor di Kedah | DagangNews Skip to main content

HE Group raih kontrak RM35 juta bagi kerja-kerja sistem pengagihan kuasa kilang semikonduktor di Kedah

KUALA LUMPUR 31 Jan - HE Group Bhd meraih kontrak bernilai RM34.79 juta daripada sebuah syarikat pengeluar komponen semikonduktor untuk projek di Kedah.

 

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik itu berkata, kontrak menerusi anak syarikatnya, Hexatech Engineering Sdn Bhd diperoleh daripada sebuah syarikat yang beribu pejabat di Munich, Jerman dan disenaraikan di Bursa Saham Frakfurt.

 

"Syarikat tersebut adalah pengeluar utama semikonduktor di peringkat global," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Menurut HE Group, kontrak tersebut merangkumi reka bentuk, pemasangan, pembekalan dan ujian sistem pengagihan voltan berkuasa rendah untuk kliang pengeluaran semikonduktor di Kedah.

 

"Kerja-kerja akan bermula 31 Januari dan dijangka siap menjelang 30 April," katanya sambil menambah kontrak ini dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa hadapan HE Group.

 

he

 

HE Group membuat penampilan sulung yang mengagumkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan dibuka pada 43 sen, naik 15 sen atau 53.6% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 28 sen.

 

Kaunter itu menyaksikan 9.82 juta saham bertukar tangan pada loceng pembukaan.


 
Pada sejam pertama pasaran dibuka, kaunter itu merekodkan paras tertinggi harian sebanyak 45 sen.- DagangNews.com