Heriot-Watt University, Institut Percukaian Malaysia jalin kerjasama dalam bidang profesional cukai | DagangNews Skip to main content

Heriot-Watt University, Institut Percukaian Malaysia jalin kerjasama dalam bidang profesional cukai

Chow Chee Yen (dua dari kiri) dan Professor Mushtak Al-Atabi bertukar dokumen pada majlis menandatangani MoU di Putrajaya kelmarin.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 26 Jan - Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) menjalin kerjasama dengan Institut Percukaian Malaysia (CTIM) bagi mengembangkan kerjaya dalam bidang percukaian kepada penuntut Sajana Perakaunan dan Kewangan Perniagaan universiti itu.

 

Menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama secara rasmi bagi membolehkan penuntut terlibat didedahkan dengan ilmu amalan percukaian secara menyeluruh.

 

CITM pula akan menyediakan pakar untuk mengajar dan berkongsi pengalaman mengenai kerjaya percukaian kepada penuntut HWUM.

 

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, pelajar HWUM akan mendapat manfaat pengecualian lima kertas peperiksaan CITM termasuk Perakaunan dan Pelaporan Kewangan, Cukai Peribadi, Ekonomi, Percukaian Perniagaan dan Undang-undang Syarikat dan Perniagaan.

 

MoU kerjasama itu ditandatangani Presiden CTIM, Chow Chee Yen dan Ketua Pegawai Eksekutif HWUM, Profesor Mushtak Al-Atabi pada majlis yang berlangsung di kampus universiti itu di Putrajaya. 

 

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Pengarah Eksekutif CTIM, Margaret Kok dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi HWUM, Hiew Kwee Sen.

 

Kerjasama tersebut turut menyaksikan HWUM menawarkan secara ekslusif dermasiswa sebanyak 10% untuk memperkasakan pembelajaran berterusan ahli-ahli CTIM. 

 

Insentif kewangan ini bukan sahaja kepada ahli CTIM tetapi juga kepada ahli keluarga terdekat mereka, memberikan mereka peluang untuk mengikuti pengajian pascasiswazah, ijazah sarjana muda dan praijazah di bawah Skim Dermasiswa Badan Profesional HWUM. 

 

Kelayakan untuk dermasiswa eksklusif ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa HWUM.

 

Kerajasama ini memanfaatkan lebih 3,800 ahli CTIM dan 100 penuntut Sarjana ABF HWUM.

 

Sementara itu, Mushtak berkata, kerjasama ini merupakan komitmen HWUM dan CITM untuk membentuk masa depan pendidikan cukai serta membangunkan bilangan profesional dalam bidang percukaian.

 

"Paling penting, kita akan teruskan usaha untuk meningkatkan pendidikan yang boleh diakses, melahirkan profesional yang cekap dan membentuk mereka menjadi pemimpin melalui kerjasama bersama rakan kongsi seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Chee Yen berkata, MoU antara HWUM dan CTIM merupakan satu peristiwa penting yang mencerminkan kerjasama mendalam kedua-dua pihak.

 

"CTIM berbangga gabungannya dengan HWUM, dan saya yakin perkongsian ini akan membuahkan hasil yang positif dan saling menguntungkan,” jelasnya.- DagangNews.com