HIL Industries lancarkan pelitup muka KF99 berteknologi Copper Nanoparticle | DagangNews Skip to main content

HIL Industries lancarkan pelitup muka KF99 berteknologi Copper Nanoparticle


SHAH ALAM 2 Dis – HIL Industries Berhad, yang menyertai perniagaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan penjagaan kesihatan pada Julai 2020, kini meluaskan pilihan produk pelitup mukanya merangkumi pelitup bergred pembedahan dengan kecekapan penapisan dan anti-viral untuk menghapuskan lebih 99.9% virus dan zarah bawaan udara.

 

Subsidiari pengeluar PPE dan penjagaan kesihatan iaitu HIL Medic Sdn Bhd (HIL Medic) baru-baru ini telah mula mengeluarkan pelitup copper oxide Korean Filter 99 (KF99) yang menyanitasi sendiri, empat lapisan di fasiliti pengeluarannya di Shah Alam dan tidak lama lagi akan menambah pelitup lima lapisan KN95 di dalam barisan produknya.

 

Pelitup pembedahan KF99 dan KN95 adalah antara pelindung pernafasan berstandard tertinggi, direka dan dikilangkan seiring dengan standard antarabangsa. Kedua-duanya menggunakan teknologi copper nanoparticle yang menyediakan Bacteria Filtration Efficiency (BFE) yang terbukti dalam ujian makmal mampu menghapuskan 99.9% virus sejurus ia terperangkap di dalam pelitup.

 

Kedua-dua pelitup pembedahan tersebut juga didatangkan dengan kecekapan penapisan tinggi bagi menghalang lebih daripada 99% kebanyakan penerobosan zarah
bersaiz (MPPS) 0.1 mikron. Pelitup KN95 didatangkan dengan tambahan kapas penapis udara panas, berjumlah lima lapisan.

 

Tambahan terbaharu ini menyokong barisan produk teras sedia ada HIL Medic, yang termasuk pelindung muka, pelitup muka pembedahan tiga dan empat lapisan serta
pelitup muka KF94.

 

Presiden dan CEO HIL Industries, Dato’ Milton Ng berkata, tambahan terbaharu kepada barisan produk pelitup muka Syarikat itu adalah tepat pada masanya, memandangkan peningkatan permintaan bagi pelitup muka berkualiti tinggi.

 

“COVID-19 belum terhapus sepenuhnya, malah kita sebenarnya hidup bersama pandemik di mana penggunaan pelitup muka menjadi kebiasaan dan keperluan,
sebagaimana disaksikan dengan meletusnya kes pernafasan sebelum ini.

 

“Ketika aktiviti ekonomi dan sosial global kembali berlangsung didorong oleh vaksinasi besar-besaran, permintaan terhadap pelitup muka berkualiti tinggi kekal teguh sebagai satu lagi barisan pertahanan terhadap kemunculan varian baharu virus COVID19 seperti Delta, Delta plus dan Omicron.

 

“HIL Industries berazam untuk menyediakan hanya produk PPE dan Penjagaan Kesihatan berkualiti tertinggi pada harga mampu dibeli. Pelitup muka pembedahan kami adalah dikilangkan di Malaysia, yang membolehkan kami memberikan harga berdaya saing sementara memastikan kawalan kualiti yang ketat demi manfaat pelanggan kami,’’ tambah beliau.


 

Dato’ Milton Ng
Dato’ Milton Ng

 


Pelitup muka KF99 buatan HIL Medic dikilang menggunakan teknologi Korea seiring dengan piawaian biomampat ISO 10993 SIRIM. Pelitup tersebut kalis air dan
didatangkan dengan potongan mengikut bentuk muka untuk lebih keselesaan. Produk ini boleh didapati secara dalam talian menerusi Shopee dan Lazada, atau beli terus di Guardian Pharmacy.

 

Pelitup muka HIL Medic telah menerima sebilangan pengiktirafan daripada badanbadan tempatan dan antarabangsa termasuk Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) KKM, Pentadbiran Makanan & Dadah (FDA) Amerika Syarikat, Conformite Europeenne (CE) Mark, European standard EN14683, SIRIM, ISO dan persijilanTahap 3 ASTM.

 

HIL Industries mengunjurkan divisyen PPE dan Penjagaan Kesihatan bakal menyumbang positif kepada perolehan Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2022 (FY2022) dan seterusnya.


 

KF99
Pelitup muka KF99 Copper Oxide keluaran HIL Industries

 


HIL Industries Berhad adalah syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 1992. Syarikat menerusi subsidiari-subsidiarinya secara prinsipal terlibat di dalam acuan suntikan plastik yang menghasilkan peralatan tulen plastik untuk pengeluar komponen terutamanya automotif, elektronik dan telekomunikasi dan produk berkaitan IT.

 

Pelanggan utama Syarikat adalah daripada perniagaan pembuatan termasuk Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Proton Holdings Berhad, Toyota Motor Corp, Honda Motor Co. Ltd, Volkswagen, Dell, Sony, Panasonic dan Hitachi.

 

Dalam usaha untuk berkembang dan mempelbagaikan asas perolehannya, HIL Industries meneroka ke dalam sektor pembangunan hartanah pada 1995, memfokus kepada perumahan mampu milik. Syarikat merupakan pemaju perintis di Kota Kemuning South yang mana semuanya bermula dengan pembangunan Bukit Kemuning Golf & Country Resort. 

 

Projek-projek terkemukanya termasuklah QUADZ @ Kemuning Greenhills, 108 Terraces @ Kemuning Greenhills, Amverton Links dan Amverton Greens @ Bukit Kemuning Golf & Country Resort.

 

Syarikat pada 2020 meneroka pula sektor pembuatan pelitup muka bergred pembedahan, pelitup muka KF94 dan pelindung muka. - DagangNews.com