KUALA LUMPUR 12 Jun - DKSH Business Unit Consumer Goods menjalinkan kerjasama strategik Hill’s Pet Nutrition Asia Limited iaitu syarikat makanan haiwan peliharaan Amerika Syarikat (AS) yang memberi fokus kepada makanan sihat dan produk pemakanan seimbang.
Kerjasama itu bertujuan mengembangkan kehadiran Hill dalam pasaran Malaysia dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran DKSH yang luas.
Menerusi kerjasama itu, DKSH Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengembangan pasaran, merangkumi pemasaran dan jualan, pengedaran dan logistik, kredit dan kutipan, serta perkhidmatan pemasaran lapangan.
Dengan memanfaatkan pendekatan saluran omni DKSH, perkongsian itu akan memastikan rangkaian produk makanan pemakanan haiwan peliharaan Hill, termasuk barisan produk Diet Preskripsi dan Diet Sains, akan tersedia melalui pelbagai saluran pengedaran, seperti kedai haiwan peliharaan, klinik doktor haiwan dan hospital doktor haiwan.
Pengurus Besar Hill’s Pet Nutrition, Brad Gale menzahirkan perasaan teruja tentang perkongsian baharu itu dan memahami keupayaan yang dibawa oleh DKSH.
"Kerjasama itu adalah kunci untuk membantu melaksanakan misi kami dalam menyediakan pemakanan haiwan kesayangan yang terbaik di dunia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Makanan haiwan peliharaan terapeutik itu dirumus bagi menangani keadaan perubatan tertentu yang boleh menjejaskan haiwan peliharaan.
Makanan itu boleh didapati secara eksklusif melalui doktor haiwan berlesen, direka untuk meningkatkan kehidupan haiwan peliharaan.
Makanan haiwan peliharaan Hill's Science Diet, sebaliknya, direka untuk memenuhi keperluan haiwan peliharaan yang sihat sepanjang peringkat kehidupan yang berbeza.
Ketua Pengurusan Negara dan Naib Presiden FMCG DKSH Malaysia, Puneet Mishra berkata, kerjasam antara DKSH dan Hill's Pet Nutrition ini menekankan dedikasi bersama terhadap kebajikan dan kesejahteraan haiwan peliharaan di Malaysia.
"Dengan memanfaatkan keupayaan pengedaran DKSH dan tawaran makanan haiwan peliharaan Hill's Pet Nutrition, kami yakin dengan keupayaan kami untuk memacu penembusan pasaran dan menjangkau pemilik haiwan peliharaan yang lebih luas," katanya. - DagangNews.com