HLA rangkul anugerah Syarikat Insurans Hayat Domestik Terbaik 2020 | DagangNews Skip to main content

HLA rangkul anugerah Syarikat Insurans Hayat Domestik Terbaik 2020

Hong Leong Assurance Bhd. (HLA)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Hong Leong Assurance Bhd. (HLA) berjaya memenangi anugerah Syarikat Insurans Hayat Domestik Terbaik di Malaysia pada majlis Asian Banking and Finance's Insurance Asia Awards 2020.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Loh Guat Lan berkata, kemenangan itu akan mengukuhkan lagi kedudukan HLA sebagai sebuah syarikat insurans hayat domestik yang terulung di Malaysia.

"Ini adalah bukti pencapaian luar biasa HLA selama bertahun-tahun untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

"Kemenangan ini juga adalah usaha secara kolektif. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan agensi, rakan bank dan kakitangan HLA atas sokongan mereka," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Loh Guat Lan
Loh Guat Lan

 

HLA adalah syarikat inrans hayat tempatan yang pertama dan merupakan satu-satunya syarikat yang dapat mengekalkan kemenangan anugerah tersebut untuk lima kali berturut-turut sejak 2016.

Anugerah Insurance Asia Awards 2020 itu adalah inisiatif untuk menghargai syarikat insurans di Asia yang membuat perubahan  inovatif dalam jaringan perhubungan bersama pelanggan bagi mendepani cabaran industri.

Jelasnya lagi, kemenangan itu adalah sebagai tambahan kepada beberapa anugerah lain yang pernah diterima HLA sebelum ini.

HLA pernah menerima Anugerah Syarikat Insurans Hayat Domestik Terbaik oleh Asian Banking and Finance Insurance Asia Award bagi tahun 2017-2019.

"Selain itu, HLA juga pernah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Insurans Kewangan Antarabangsa 2017-2019 serta Anugerah Insurans Global Kewangan Dunia pada 2017.

"Anugerah Jenama Paling Berharga oleh BrandLaureate BestBrands Award 2016-2017 turut berjaya dirangkul HLA," katanya lagi. - DagangNews.com