Hon Tian Kok bukan lagi pemegang saham besar dalam BTM Resources | DagangNews Skip to main content

Hon Tian Kok bukan lagi pemegang saham besar dalam BTM Resources

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Hon Tian Kok, juga dikenali sebagai William, tidak lagi menjadi pemegang saham besar dalam BTM Resources Bhd selepas melupuskan 35.5 juta saham atau 2.83% kepentingan.

 

 

Pelupusan berkenaan telah mengurangkan pegangan saham Tian Kok dalam kumpulan itu kepada 4.78% daripada 7.61% sebelumnya.

 

Tian Kok, yang juga Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Bioalpha Holdings Bhd, telah melupuskan sahamnya melalui urus niaga luar pasaran pada 7 Ogos tanpa butiran mengenai harga, kata BTM Resources dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

 

 

Hon Tian Kok
Hon Tian Kok

 

 

Berdasarkan harga penutup kumpulan pada hari tersebut sebanyak 8 sen, Tian Kok berkemungkinan melupuskan sahamnya berharga RM2.84 juta.

 

Pada Julai tahun ini, beliau telah memperoleh kira-kira 35 juta saham,atau 2.79% kepentingan dalam BTM Resources melalui pembelian luar pasaran, sebelum meningkatkan pegangannya kepada 7.61% berikutan pembelian tambahan 60.51 juta saham.

 

Dalam makluman berasingan semalam, BTM Resources turut mengumumkan beberapa pertukaran lembaga pengarah, dengan empat individu dilantik sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif iaitu Goh Siow Cheng, Hon Kah Lai, Leou Thiam Lai dan Loo Eng Hua.

 

Siow Cheng merupakan Ketua Pegawai Kewangan Bioalpha Holdings, Leou menganggotai lembaga pengarah Yong Tai Bhd, manakala Loo ialah Pengarah Seng Kou Resources Bhd.

 

Pada waktu penulisan, saham BTM Resources tidak berubah pada 8 sen dengan permodalan pasaran bernilai RM100.5 juta. - DagangNews.com