Honda CR-V generasi keenam dibuka untuk tempahan, pelancaran rasmi Disember 2023 | DagangNews Skip to main content

Honda CR-V generasi keenam dibuka untuk tempahan, pelancaran rasmi Disember 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Nov - Honda Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk SUV model CR-V generasi ke-6 serba baharu di semua 101 pengedar di seluruh negara. 

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, syarikat sedang bersiap sedia untuk mengakhiri 2023 dengan penuh semangat dengan pelancaran CR-V serba baharu yang dijadualkan pada bulan Disember 2023.

 

Katanya, CR-V mempunyai sejarah 20 tahun sebagai model CKD pertama yang dilancarkan dari kilang pembuatan Melaka pada 2003. 

 

"Sehingga kini, CR-V telah menjual lebih daripada 129,000 unit, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyumbang tertinggi Honda Malaysia kepada sejarah jualan kami.

 

"Dengan pelancaran CR-V serba baharu yang tidak lama lagi, kami menjangkakan penguasaan berterusannya dalam segmen SUV bukan kebangsaan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Menurut Yoshimura, pihaknya yakin bahawa CR-V generasi ke-6 serba baharu sekali lagi menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV dan memikat hati rakyat Malaysia.

 

 

honda

 

 

honda

 

 

Sementara itu, CR-V serba baharu menampilkan konsep baharu dan moden yang menawarkan rakyat Malaysia sebuah SUV dengan keanggunan dan rupa canggih. 

 

e:HEV RS ialah varian memancarkan rasa yang lebih premium di bahagian hadapan, menampilkan gril hadapan dengan corak mesh yang berani, lampu utama LED penuh, lampu kabus depan LED dan isyarat giliran LED. 

 

 

honda

 

 

CR-V e:HEV RS serba baharu juga didatangkan dengan pemegang dan roda aloi 18-inci Berlina Black yang lebih menekankan model moden dan penampilan yang bergaya. 

 

Honda Malaysia menyediakan pelanggan dengan dua pilihan untuk pemanduan - 2.0L e:HEV Powertrain generasi baharu dan enjin 1.5L VTEC turbocharged.

 

 

honda

 

 

Sebagai model utama Honda Malaysia, CR-V serba baharu adalah yang pertama dalam kalangan barisan Honda untuk menerima e:HEV Powertrain dengan Motor Traksi Hibrid yang dipertingkatkan yang membolehkan kelajuan tertinggi yang lebih tinggi.

 

Ia menghasilkan sehingga 335Nm tork dan 184PS kuasa maksimum untuk menyampaikan pemanduan dinamik. 

 

 

honda

 

 

Enjin 1.5L VTEC Turbocharged Advanced memberikan kuasa maksimum 193PS dan tork puncak 243Nm dengan pecutan responsif yang dipertingkatkan. - DagangNews.com