Honda Malaysia terima 2,500 tempahan WR-V 2023 sebelum pelancaran | DagangNews Skip to main content

Honda Malaysia terima 2,500 tempahan WR-V 2023 sebelum pelancaran

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Julai - Honda Malaysia mengumumkan sebanyak 2,500 unit SUV kecil WR-V 2023 ditempah setakat ini, sejak ia mula dibuka pada 12 Jun 2023.

 

Honda WR-V 2023 serba baharu akan ditawarkan dalam empat varian, termasuk varian asas S, varian E dan V dan varian yang paling tinggi, RS. 

 

Dari segi peratusan, tempahan paling banyak adalah untuk varian RS, dengan kira-kira 45% tempahan, manakala V mengikuti rapat dengan 38%, dan varian E pada sekitar 12%, selebihnya untuk varian asas S.

 

Model ini berukuran 4,060mm panjang, 1,780mm lebar dan 1,608mm tinggi.

 

Dilengkapi dengan enjin berkuasa, WR-V serba baharu menetapkan penanda aras baharu dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjana kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm.

 

Disepadukan dengan Tranmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) dengan teknologi peralihan reka bentuk G, SUV kecil itu merealisasikan keseimbangan sempurna antara penjimatan bahan api yang cemerlang dan prestasi pemanduan.

 

 

honda

 

 

honda

 

 

BACA JUGA: Honda WR-V kini dibuka untuk tempahan, harga dijangka bermula RM82,000

 

 

honda

 

 

honda

 

 

SUV kecil serba baharu itu dijadual dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan kini dibuka untuk tempahan di semua 101 pengedar seluruh negara. - DagangNews.com