Hospital Pakar KPJ Bandar Dato Onn akan menjalani kerja pengubahsuaian RM18.3 juta | DagangNews Skip to main content

Hospital Pakar KPJ Bandar Dato Onn akan menjalani kerja pengubahsuaian RM18.3 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Jun - Anak syarikat tidak langsung milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Bandar Dato Onn Specialist Hospital Sdn Bhd akan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di dua tingkat Hospital Pakar KPJ Bandar Dato Onn pada harga RM18.3 juta.

 

Pengendali hospital itu berkata ia telah mengeluarkan surat penerimaan kepada Tg Langsat Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TPM Technopark Sdn Bhd. untuk pengubahsuaian kerja-kerja tingkat 8 dan 9 hospital di Johor Bahru itu.

 

TPM Technopark pula adalah anak syarikat tidak langsung Johor Corp, menurut KPJ Healthcare dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

 

Hospital Pakar Bandar Dato Onn KPJ

 

 

Cadangan pengubahsuaian itu disifatkan sebagai urus niaga pihak berkaitan kerana kepentingan pengarah KPJ tertentu dalam Johor Corp.

 

Kerja-kerja pengubahsuaian itu dijangka siap pada 10 November 2024. - DagangNews.com