Hotel BDB kini ditukar jadi pangsapuri | DagangNews Skip to main content

Hotel BDB kini ditukar jadi pangsapuri

 

 

EMIR MUKMIN 
[email protected]

 

 

ALOR SETAR 9 Feb. - Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) memutuskan untuk menukar Hotel BDB milik mereka yang sudah 15 tahun beroperasi, menjadi pangsapuri perkhidmatan dalam masa terdekat. 

 

Naib Presidennya, Mohd. Sobri Hussein berkata, perubahan itu merupakan inisatif diambil bagi mengharungi cabaran semasa dihadapi industri perhotelan disebabkan penularan COVID-19. 

 

Pada masa sama, katanya, lesen perniagaan hotel tersebut akan tamat dalam masa terdekat. 

 

"Konsep baharu ini akan menyaksikan 72 unit pangsapuri dibuka untuk dijual atau disewa kepada orang awam yang berminat untuk berbuat demikian. 

 

"Perubahan konsep ini tidak akan menjejaskan para pekerja di mana mereka akan ditempatkan di anak-anak syarikat Kumpulan BDB yang lain agar kebajikan masing-masing tidak terjejas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 

Mohd. Sobri Hussein
Mohd. Sobri Hussein

 

 

Hotel BDB terletak di Bandar Darulaman, Jitra dan mula beroperasi sejak 2006. Terdapat lebih 100 bilik penginapan di situ selain chlalet untuk disewa pengunjung sebelum ini. 

 

Antara kemudahan yang ada di situ termasuklah dewan mesyuarat dengan kapasiti 300 peserta serta kolam renang untuk kegunaan tetamu. 

 

Mohd. Sobri yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan BDB memaklumkan, pihaknya mengharapkan supaya rancangan itu dapat berjalan lancar. 

 

"Diharapkan keputusan ini memberi kebaikan secara keseluruhan tidak hanya kepada syarikat malah pekerja," katanya. - DagangNews.com