Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com
HP Malaysia dalam sebuah kenyataan berkata, Laporan Tinjauan PKS Asia Pasifik (APAC) HP mendapati lebih 50% PKS menjangkakan mereka bukan sahaja mampu bertahan tetapi sebaliknya mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik dan sedang mencari sokongan bagi memulihkan semula kelangsungan perniagaan menerusi penggunaan digital dan transformasi model perniagaan sedia ada.
“HP Malaysia sentiasa menyokong usaha transformasi digital PKS menerusi 'HP for Business', sebagai platform yang menyediakan sumber, keupayaan dan ilmu pengetahuan, serta inovasi teknologi dengan pembiayaan yang fleksibel.
“Selain daripada itu, 'HP for Business' turut menawarkan webinar perniagaan percuma di mana PKS tempatan boleh mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar industri mengenai pelbagai topik seperti kemapanan perniagaan, kecekapan kos, ekonomi digital dan keselamatan,” jelas HP Malaysia.
Bagi menyokong keperluan pendigitalan PKS sebagai usaha memulihkan semula perniagaan mereka, 'HP for Business' menawarkan pelan ansuran teknologi bulanan serendah RM85.50 selama tiga bulan pada Oktober ini.
Pelan berkenaan membantu PKS tempatan meningkatkan keselamatan, produktiviti dan mobiliti mereka dengan rangkaian komputer peribadi HP.
Ia turut disertakan dengan perkhidmatan perisian berasaskan awan bersepadu percuma selama 12 bulan oleh Deskara bagi membantu PKS menguruskan operasi perniagaan termasuk penyediaan invois, perakaunan, laporan kewangan, jualan dan pengenalpastian dan pengesanan pelanggan, serta pengurusan perbelanjaan, cuti dan gaji kakitangan.
Sementara itu, Pengarah Saluran dan Perusahaan HP Malaysia, Alex Tan berkata, 'Hp for Business' akan memperkasa PKS tempatan dengan ilmu pengetahuan, inovasi dan perkhidmatan yang dikuasai oleh rangkaian teknologi perniagaan HP.
“Tawaran terbaru ini memastikan PKS dapat terus bergerak ke hadapan sambil memastikan kelestarian masa depan perniagaan mereka dan menyesuaikan diri agar dapat terus berkembang walaupun dengan sumber yang terhad,” katanya dalam kenyataan sama.
Pelan itu merangkumi rangkaian komputer riba dan komputer peribadi HP termasuk HP ProBook 440 G7, HP ProBook 445R G6 and HP ProDesk 400 G6.
Layari https://reinvent.hp.com/HP-for-Business-Installment-Plan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ansuran 'HP for Business' dan mengetahui lokasi pengedar sah HP.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk 'HP for Business' yang lain, kunjungi 'HP Online Store' di pautan https://store.hp.com/my-en/default/ atau rakan kedai dalam talian terpilih termasuklah di Lazada dan Shopee. - DagangNews.com