i-Sinar, i-Citra, Bantuan Prihatin Rakyat, i-Akaun maklumat paling dicari di Google tahun ini | DagangNews Skip to main content

i-Sinar, i-Citra, Bantuan Prihatin Rakyat, i-Akaun maklumat paling dicari di Google tahun ini

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 9 Dis - Carian mengenai bantuan kewangan dan insentif merupakan menduduki senarai 10 carian teratas, dengan i-Sinar selaku carian paling sohor kini untuk tahun ini.

 

Pengurus Komunikasi Google Malaysia, Nadia Khan berkata, carian tersebut membentuk separuh dari senarai dengan 'i-Sinar' selaku carian paling sohor kini bagi 2021, disertai oleh 'i-Citra', 'Bantuan Prihatin Rakyat', 'i-Akaun' dan 'Bantuan Prihatin Nasional'

 

Akibat sekatan pergerakan berlarutan yang telah memberi kesan ketara kepada perniagaan dan isi rumah, maklumat mengenai bantuan-bantuan kewangan tersebut telah dicari rakyat Malaysia dalam usaha untuk meneruskan kehidupan.

 

Beliau berkata, sekatan pergerakan berlarutan yang telah memberi kesan ketara kepada perniagaan dan isi rumah, justeru, maklumat mengenai bantuan-bantuan kewangan tersebut telah dicari rakyat Malaysia dalam usaha untuk meneruskan kehidupan.

 

"Carian membantu kita semua mencari maklumat dan cara rakyat Malaysia menggunakan Carian menjadikannya jendela ke seluruh dunia. 

 

"Year in Search 2021 bagi Malaysia memberikan pandangan mengenai tahap pemulihan kita sebagai sebuah negara. 

 

"Walaupun COVID-19 masih ada, tumpuan telah beralih kepada vaksinasi dan proses meneruskan operasi perniagaan dan untuk itu bantuan kewangan kekal sebagai tema yang kuat dengan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih mencari bantuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Setiap tahun menerusi Year in Search, Google menganalisis carian-carian paling sohor kini sepanjang tahun yang berlalu.

 

Katanya,  Year in Search 2021 oleh Google bagi Malaysia memberikan gambaran berkenaan detik, individu, topik, acara, dan tempat yang penting buat Malaysia pada tahun ini.

 

"Terma-terma carian yang selebihnya merupakan campuran antara hiburan dan sukan - 'Euro 2021', 'Popcat', 'Liga Perdana Inggeris', dan 'Squid Game'. 'Google Meet' juga memasuki dalam senarai di tempat ketujuh susulan meningkatnya persidangan video dalam kehidupan seharian," katanya. -DagangNews.com