IJM raih kontrak penting bagi menembusi pasaran pembinaan pusat data, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

IJM raih kontrak penting bagi menembusi pasaran pembinaan pusat data, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan kejayaan IJM Corp Bhd meriah kontrak pembinaan pusat data akan menjadi langkah kritikal kumpulan itu bagi menembusi pasaran pembinaan pusat data yang sedang berkembang pesat.

 

Katanya, kumpulan itu dianugerahkan kontrak pembinaan pusat data pertama bernilai RM331.7 juta, menjadikan buku pesanannya kepada RM7.3 bilion.

 

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan kepada asas itu, kumpulan itu akan membuka peluang lebih tinggi pada masa hadapan.

 

"Kami menjangkakan kupulan itu akan mendapat manfaat daripada aliran projek infrastruktur yang akan datang pada separuh kedua 2024.

 

"Sebagai contoh, pelanggan semasa IJM, Telekom Malaysia Bhd (TM), baru-baru ini menjalinkan usaha sama (JV) bagi membangunkan pusat data dengan kapasiti awal 64 megawatt (MW) dan kapasiti muktamad 200 MW," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: IJM peroleh kontrak RM332 juta bina pusat data Telekom Malaysia di Iskandar Puteri

 

Sementara itu, HLIB berkata, laluan kumpulan itu ke arah sasaran penambahan semula RM5 bilion berada pada landasan yang betul.

 

Katanya, projek-projek dalam perancangan cukup bagi kumpulan itu termasuk Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) 2.0, Nusantara PFI (perumahan kerajaan) dan lebih banyak projek pusat data.

 

"Projek lain yang kami fikir menambah prospek pekerjaannya ialah lebuh raya India dan bangunan perindustrian, apatah lagi projek infrastruktur akan datang seperti LRT Pulau Pinang, Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), naik taraf infrastruktur Johor dan peluang jalan raya di Malaysia Timur.

 

"Secara keseluruhannya, tiada perubahan kepada ramalan. Kami mengekalkan penarafan 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM3.50 sesaham," katanya.- DagangNews.com