IKHLAS salur bantuan kepada asnaf menerusi program Infaq Ramadan di seluruh negara | DagangNews Skip to main content

IKHLAS salur bantuan kepada asnaf menerusi program Infaq Ramadan di seluruh negara

Pengendali HotDTaiping, Safwan Noor bersama pasukan sukarelawannya menyampaikan bantuan Infaq Ramadan kelolaan IKHLAS di sekitar daerah Taiping bersempena bulan Ramadan 1444 Hijrah. - Gambar DagangNews.com

KUALA LUMPUR 18 April - Platform gaya hidup patuh syariah di bawah Capital A iaitu IKHLAS menjalin kerjasama dengan sukarelawan-sukarelawan di seluruh negara untuk menyampaikan bantuan bakul barangan keperluan dan makanan untuk berbuka puasa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, program tersebut yang dinamakan 'Infaq Ramadan' menggunakan dana IKHLAS Sadaqah iaitu hasil sumbangan orang ramai yang mengejar keberkatan/ganjaran 1,000 bulan sempena Ramadan.

 

Beliau berkata, aktiviti tersebut dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dengan dana sebanyak RM300,000 telah dibelanjakan bagi tujuan membantu golongan asnaf, terutamanya. 

 

Antara agensi kerajaan yang terlibat di dalam program Sadaqah ini ialah Jabatan Pendidikan Negeri-negeri, Baitulmal,
DBKL, PPR, Pusat Tahfiz dan rumah-rumah anak yatim.

 

 

Ikhlas Kamarudin
Ikhlas Kamarudin menunjukkan aplikasi Ikhlas.

 


"Kita menjalin kerjasama dengan badan-badan atau individu yang bersedia menjadi sukarelawan untuk menyampaikan bantuan kepada kumpulan sasaran.

 

"IKHLAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kebajikan ini," kata beliau kepada DagangNews.com di sini hari ini.


 

parafrasa
Safwan Noor (kanan) bersama Ustaz Hafiz dari Tahfiz Maahad Darul Islah, Kg Boyan di Taping menerima sumbangan Ikhlas. 

 

parafrasa
Pelajar-pelajar Tahfiz Maad Darul Islah berbuka beramai-ramai.

 

DagangNews bersama laman komuniti facebook, HotDTaiping diwakili Safwan Noor turut serta di dalam program ini, dengan mengagih-agihkan barangan makanan dan juadah berbuka kepada beberapa sekolah tahfiz dan anak yatim di sekitar daerah Taiping.

 

 

parafrasa
Sukarelawan HotDTaiping, Izackrie bersama anak yatim Nur Kaseh, Ulu Sepetang pimpinan Ustaz Zulkeply Othman.

Menurut Safwan, dana yang disalurkan oleh Ikhlas telah digunakan bagi menyediakan bantuan barangan dan juadah iftar di Tahfiz Maahad Darul Islah di Kampung Boyan Taiping; Madrasah Nur Kaseh, Ulu Sepetang dan rumah anak yatim Nur Kaseh Ulu Sepetang. - DagangNews.com