Indeks FBM KLCI, ringgit ditutup tinggi | DagangNews Skip to main content

Indeks FBM KLCI, ringgit ditutup tinggi

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pasaran saham melonjak 14.83 mata kepada 1,646.53 mata ketika ditutup petang ini. 

 

Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang bergerak dalam jajaran 1,638.77 hingga 1,654.15 mata menyaksikan 11.88 saham diniagakan bernilai RM6.68 bilion. 

 

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung pada 743 berbanding 524 manakala 433 kaunter tidak berubah. 

 

Bagi pasaran kewangan pula, ringgit ditutup pada RM4.0620/0660 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih tinggi daripada penutupan semalam, RM4.0700/0740. 

 

Ketua Strategis Pasaran Axi Stephen Innes berkata kepada Bernama, ringgit diniagakan secara berhati-hati dalam jajaran lebih kecil dan dilihat cuba pulih daripada kesan penurunan penarafan oleh sebuah agensi, Jumaat lalu. 

 

Beliau bagaimanapun menyuarakan harapan bahawa harga minyak akan terus meningkat yang dapat melonjakkan lagi prestasi ringgit.

 

Reuters melaporkan dolar AS jatuh dalam pasaran Asia pada Rabu sebagai petanda yang menunjukkan perkembangan dalam memerangi pandemik COVID-19 mengurangkan permintaan kepada aset selamat. 

 

Pasaran saham Asia pula mencapai paras tinggi dan niaga hadapan saham AS meningkat hari ini apabila pelabur melihat perkembangan positif dalam vaksin COVID-19 dan usaha berterusan untuk melancarkan lebih banyak rangsangan fiskal. 

 

Penganalisis ANZ Bank dalam nota kajiannya berkata, walaupun terdapat harapan pakej rangsangan AS akan dipersetujui tidak lama lagi tetapi rundingan Brexit melibatkan kedua-dua mungkin tidak tercapai. 

 

"Tempoh 24 jam akan datang adalah lebih kritikal dan boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran, yang bergantung kepada persetujuan dicapai atau tidak," katanya. - DagangNews.com