Indeks saham Malaysia naik 5.46 mata | DagangNews Skip to main content

Indeks saham Malaysia naik 5.46 mata

KUALA LUMPUR 17 Sept. -  KLCI dibuka tinggi, naik 5.46 mata kepada 1,536.74 setakat 9.05 pagi tadi.

Bagaimanapun, pasaran saham Asia dibuka dengan berhati-hati selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell mengutarakan keadaan pemulihan ekonomi yang tidak menentu sekiranya tiada suntikan rangsangan lanjut.

Susulan itu, saham Jepun dan Australia dibuka mendatar, manakala saham Korea Selatan pula merudum. 

Menurut Bloomberg, kontrak niaga hadapan S&P 500 sedikit berubah dengan penanda aras keuntungan saham AS menurun semalam selepas Powell menekankan bahawa beliau tidak pasti sekirAnya pemulihan ekonomi yang pantas boleh berlaku.

Keuntungan khazanah meningkat selepas Powell menghentikan tawaran khusus baharu dalam Rizab Persekutuan kepada pembelian bon bulanan yang menyokong pasaran.

“Sesetengah pelabur mungkin menjangkakan ‘lampu hijau’ berhubung rancangan untuk menyasarkan tempoh kematangan lebih panjang,” kata Bloomberg. 

Sebelum ini, Rizab Persekutuan AS mengingatkan bahawa pemulihan ekonomi AS sangat bergantung kepada keupayaan negara berkenaan untuk mengawal penularan COVID-19 dan rangsangan fiskal lanjut penting untuk menyokong tawaran peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat.

Sementara itu, keputusan dasar bank pusat Jepun bakal ditentukan hari ini, diikuti oleh Indonesia dan England. - DagangNews.com