Industri penjagaan kesihatan diunjur terus berkembang positif | DagangNews Skip to main content

Industri penjagaan kesihatan diunjur terus berkembang positif

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Julai - Kenanga Research menjangkakan pusat penjagaan kesihatan swasta dijangka tidak begitu terkesan dengan kenaikan kadar inflasi kerana keupayaan mereka untuk melepaskan kos yang lebih tinggi.

 

Firma itu percaya bahawa industri penjagaan kesihatan akan terus mengalami pertumbuhan positif yang didorong oleh perkembangan perbelanjaan dalam bidang itu, peningkatan liputan insurans kesihatan dan faktor masyarakat yang semakin berusia.

 

Katanya dari segi pendedahan, firma itu menyukai IHH Healthcare Berhad kerana keupayaan mereka untuk melepaskan kos yang tinggi meskipun berhadapan kenaikan kadar inflasi semasa.

 

"Permintaan daripada pesakit domestik dan luar negara mereka ukuh dan ia mula menyumbang kepada pendapatan kumpulan sejak penghujung Mac 2022.

 

"Selain itu, mereka menguasi pasaran utama di negara mereka beroperasi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, KPJ Healthcare Berhad mengalami kekurangan pemangkin penarafan semula yang dilihat akan memberi kesan kepada pendapatan mereka.

 

Katanya, kumpulan itu akan terus mengambil kesempatan daripada insentif kerajaan untuk mengurangkan kesan daripada penularan wabak sebelum ini. 

 

"Bagaimanapun, hospital baharu milik mereka seperti  KPJ Bandar Dato’ Onn, KPJ Batu Pahat, KPJ Perlis and KPJ Miri dilihat akan memberi kesan kecil kepada pendapatan kumpulan secara menyeluruh," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' untuk sektor itu. - DagangNews.com