Inovasi Putra Amazing Agar oleh saintis UPM tingkatkan daya kenal pasti bakteria pesakit | DagangNews Skip to main content

Inovasi Putra Amazing Agar oleh saintis UPM tingkatkan daya kenal pasti bakteria pesakit

SERDANG 20 Dis - Inovasi Putra Amazing Agar oleh saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai keupayaan untuk mengawal penyebaran pemeriksaan lanjut dan berfungsi sebagai alternatif kepada sistem kultur darah.

 

Inovasi yang telah dipatenkan ini juga telah mendapat pengiktirafan pingat emas di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) Malaysia 2021 baru-baru ini.

 

Kadar kultur negatif yang tinggi menimbulkan cabaran kepada makmal diagnostik dan doktor dalam merawat pesakit.

 

Proses pengasingan dan pengenalpastian mikroorganisma adalah penting untuk membimbing doktor dalam menyediakan rawatan yang cepat dan sesuai untuk pesakit.

 

Secara tradisinya, kaedah makmal diagnostik menggunakan sistem kultur darah untuk mengatasi kes kultur negatif.

 

Putra Amazing Agar menggalakkan penjimatan kos berbanding dengan kaedah tradisional yang mengggunakan sistem kultur darah.

 

Menurut ketua penyelidik, Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM berkata, Putra Amazing Agar terdiri daripada Tween 80, suatu bahan yang dibangunkan menjadi Agar Produk Segera yang siap digunakan.


 

Upm
PROF DR SHAFINAZ 


Proses penggunaannya bermula dengan sampel klinikal, khususnya cecair badan akan dikultur secara langsung pada agar diikuti dengan dua hari inkubasi untuk mikroorganisma berkembang.

 

"Putra Amazing Agar adalah penyelesaian yang baik untuk kedua-dua makmal dan pesakit dalam menyediakan pengurusan pesakit yang tepat, cepat dan selamat.

 

Ciptaan ini sedia untuk dikomersialkan secara besar-besaran untuk makmal diagnostik dan penyelidikan," kata beliau di sini hari ini.

 

Inovasi ini direka khas untuk menangani cabaran semasa dengan keupayaan agar tradisional yang rendah dalam menggalakkan kadar pertumbuhan mikroorganisma.

 

Untuk memastikan pengurusan pesakit yang tepat, selamat, dan cepat, pertumbuhan mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan adalah penting.

 

Keadaan mikroorganisma yang yang menyebabkan jangkitan di makmal dipanggil sebagai Kultur Negatif sering dihadapi dalam kalangan pesakit penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis peritoneal ambulatori (CAPD) kerana mengalami jangkitan.

 

Putra Amazing Agar mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk merangsang pertumbuhan mikroorganisma sehingga 60% daripada agar tradisional semasa yang digunakan di makmal.

 

Antara manfaatnya, inovasi ini menggalakkan alternatif penjimatan kos  pengoperasian yang lebih rendah berbanding sistem kultur darah dalam memerangi situasi kultur negatif sekali gus menawarkan peluang yang lebih besar bagi makmal untuk mengatasi isu sistem kultur darah dengan alternatif yang ditawarkan.

 

Menariknya, ciptaan ini menawarkan penjimatan masa sehingga 50% sekali gus, mengatasi kelemahan sistem kultur darah dengan berkesan.


 

Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin
Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin

 


Tambahan pula, sistem kultur sedia ada di pasaran adalah menggunakan darah kuda sebagai asas dan ini menyebabkan kos lebih tinggi serta isu kekurangan bekalan darah kuda.

 

Menurut Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi, Putra Science Park UPM, Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman berkata, UPM amat mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan. – DagangNews.com