Insentif Pengeluaran Getah November boleh dituntut hingga 31 Disember | DagangNews Skip to main content

Insentif Pengeluaran Getah November boleh dituntut hingga 31 Disember

Getah

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diberikan kepada pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi bulan November tahun ini boleh dituntut bermula 1 hingga 31 Disember 2020.

 

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, IPG teraktif untuk bulan November 2020 di Semenanjung adalah sebanyak RM0.05 sen sekilogram.

 

Manakala IPG November Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak RM0.30 sen dan RM0.25 sen sekilogram.

 

"Pada bulan November 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump untuk sekilogram adalah RM2.45 untuk Semenanjung.

 

"Harga purata untuk Sabah pula adalah RM2.20, sementara Sarawak berharga RM2.25 sekilogram," jelas LGM dalam satu kenyataan yang memaklumkan pengaktifan IPS kepada pekebun kecil Semenanjung, Sabah dan Sarawak hari ini.

Mengulas lanjut, LGM memberitahu, mulai Januari 2019, Insentif Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram.

 

Pengaktifan insentif itu turut berlaku sekiranya harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.


IPG merupakan satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 sekilogram atau purata bulanan harga cuplump (sekerap) berada di bawah paras RM2.50 sekilogram.

 

Pengiran harga Purata bulanan SMR20 FOB dan farmgate akan dibuat pada hari terakhir penerbitan harga rasmi SMR 20 oleh LGM.

 

Pengumuman pengaktifan IPG akan dibuat pada hari yang sama sebelum jam 5.00 petang kepada agensi Pelaksana seperti RISDA, FELDA, FELCRA, JAKOA, Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Industri Getah Sabah. - DagangNews.com