Institut Masa Depan Malaysia tawar geran bernilai RM10,000 bagi kertas cadangan penyelidikan PPN | DagangNews Skip to main content

Institut Masa Depan Malaysia tawar geran bernilai RM10,000 bagi kertas cadangan penyelidikan PPN

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

nabila@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 Sept. -  Institut Masa Depan Malaysia (IMDM) menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 di bawah  Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Menerusi satu kenyataan, IMDM berkata pihaknya mengalu-alukan para penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan institusi penyelidikan mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan untuk membawa keluar Malaysia dari kemelut pandemik COVID-19.

"Kertas cadangan juga mesti menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari," katanya di sini hari ini.

Tambah IMDM, pemohon yang berjaya boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka.

"Setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021 menerusi emel policy@institutmasa.com. 

"Mereka yang berminat boleh melayari laman web kami di www.institutmasa.com atau menghubungi Encik Mohd Noor Musa di talian 018-2072122," katanya. -DagangNews.com