IR 4.0 kurangkan kebergantungan tenaga buruh asing - MITI | DagangNews Skip to main content

IR 4.0 kurangkan kebergantungan tenaga buruh asing - MITI

Industry4WRD

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dilihat dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerjaan tempatan sekali gus mengurangkan tenaga buruh asing.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, dasar berkenaan juga juga menyediakan kerangka ke arah menyediakan tenaga mahir bagi pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan.

 

"Dalam situasi pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada sektor ekonomi, penggunaan dan adaptasi teknologi industri 4.0 menjadi penting bagi memastikan kesinambungan dan penambahbaikan perniagaan terutamanya dalam pemulihan perniagaan, penstrukturan semula rantaian bekalan serta membolehkan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) kembali berdaya saing. 

 

Lim Ban Hong
Lim Ban Hong

 

"Peralihan kepada industri 4.0 akan meningkatkan permintaan terhadap kumpulan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang berteraskan teknologi industri 4.0 di mana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan. 

 

"Ini seterusnya akan mengurangkan kebergantungan industri terhadap bidang pekerjaan berkemahiran rendah yang kebanyakkannya terdiri daripada tenaga buruh asing," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.

 

Jawapan tersebut diberikan selepas Mohd. Salim meminta beliau menyatakan usaha yang dilakukan untuk meneroka bidang baharu pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan IR 4.0 sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

 

Dasar Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industry4WRD telah dilancarkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengaplikasikan pendigitalan dan teknologi industri 4.0 di dalam proses pembuatan serta sistem pengurusan syarikat.

 

Di samping meningkatkan produktiviti, kecekapan kos, pengukuhan keupayaan inovasi dan pembangunan teknologi tempatan, dasar itu juga menyediakan kerangka ke arah menyediakan tenaga mahir bagi pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan.

 

Jelas beliau lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha melalui program dan inisiatif seperti penubuhan Jawatankuasa Teknikal Kerja Industry4WRD atau TWG-S di bawah dasar tersebut yang diletakkan di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan inisiatif bagi memperkukuhkan tenaga mahir sedia ada dan menghasilkan bakat baru untuk masa hadapan. 

 

Sejak tahun 2019 juga, MITI dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya
melaksanakan program latihan Industri 4.0 yang memanfaatkan seramai 7,301 tenaga kerja dan tenaga pengajar dalam bidang
Industri 4.0. 

 

Mohd. Salim Sharif
Mohd. Salim Sharif 

 

Dua program khusus telah diperkenalkan untuk PKS iaitu Readiness Assessment (RA) dan Industry4WRD Intervention Fund
(Dana Intervensi) untuk membantu PKS dalam transformasi IR.

 


Readiness Assessment (RA)

  • Bagi tempoh 2019 hingga 2020, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM22 juta untuk melaksanakan program RA yang turut
  • merangkumi latihan untuk penilai-penilai RA, Industry4WRD Summit, program seranta (outreach) Industry4WRD dan lain-lain.
  • MITI telah mencapai sasaran dalam pelaksanaan program RA bagi tahun 2019 di mana sebanyak 508 syarikat PKS telah
  • menyertai program ini, manakala bagi tahun 2020 pula, kerajaan mensasarkan sebanyak 373 syarikat PKS bagi mengikuti program RA ini. 
  • Setakat ini, sebanyak 808 PKS telah dipilih untuk menjalani program RA.

 


Industry4WRD Intervention Fund (Dana Intervensi)

  • Sejumlah RM35 juta telah diperuntukkan untuk Dana Intervensi bagi tahun 2019 dan 2020. 
  • Sehingga November 2020, sebanyak 138 permohonan Dana Intervensi telah diterima dan 63 syarikat PKS telah diluluskan dengan geran padanan tersebut. - DagangNews.com