Jabra lancar 2 produk kamera web baharu, lengkapi gaya kerja hibrid | DagangNews Skip to main content

Jabra lancar 2 produk kamera web baharu, lengkapi gaya kerja hibrid

Jabra

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 Julai - Syarikat pengeluar peranti audio berinovatif terkemuka dunia, Jabra melancarkan dua produk terbaharu iaitu Jabra PanaCast 50 dan Jabra PanaCast 20. 

 

Jabra PanaCast 50 merupakan palang atau bar video pintar pertama di dunia yang direka khas untuk norma baharu, manakala Jabra PanaCast 20 pula adalah kamera web pintar peribadi tercanggih.

 

Pengurus Negara (Malaysia & Brunei) Jabra, Gladys Kong berkata, kedua-dua produk berkenaan diyakini dapat menawarkan pilihan terbaik sesuai dengan keperluan dan trend gaya kerja hibrid semasa.

 

"Kami memperkenalkan PanaCast 50 – bar video pertama yang menawarkan gabungan inovasi sistem audio Jabra terbaik dunia, sudut pandangan 180 darjah dan keupayaan menilai keadaan atau suasana di bilik mesyuarat. 

 

"Inilah masa terbaik untuk mewujudkan ruang pejabat yang ideal seiring dengan keperluan dan trend gaya kerja hibrid apabila pekerja kembali ke pejabat nanti,” katanya.

 

Direka khas dengan sistem audio terunggul dunia, video dan keluasan sudut pandangan 180 darjah, rangkaian Jabra PanaCast ini juga dilengkapi teknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI) tercanggih – menjadikan sesi mesyuarat atau telesidang lebih jelas dan terang. 

 

Sesuai untuk semua platform UC utama, rangkaian produk itu juga mudah berfungsi melalui Microsoft Teams, Microsoft Teams Rooms, Zoom, dan Zoom Rooms.

  

 

Ciri-ciri dan spesifikasi utama PanaCast 50

  • Kualiti audio terunggul daripada pengeluar sistem audio terbaik dunia
  • Sudut pandangan 180 darjah – merakam kesemua peserta pada jarak1 terbaik
  • Fungsi Virtual Director – menentukan fokus kamera masa nyata bagi menawarkan kualiti telesidang1 yang menyeluruh
  • Ciri Penggunaan Bilik dan Kapasiti Maksima menawarkan maklumat tentang bilangan penghuni dalam semua bilik mesyuarat 
  • Perkongsian papan putih masa nyata menjadikan telesidang lebih fokus
  • Pasang dan Main yang mudah dipasang dan digunakan

 

 

.

 

Bagi kamera web pintar peribadi tercanggih, PanaCast 20 dikeluarkan dengan saiz kompak dan mudah alih, menjanjikan kemudahan kolaborasi video yang lebih mantap dan bermutu tinggi khusus bagi golongan pekerja jarak jauh. 

 

Tanpa perisian tambahan atau pemprosesan data menerusi pengkomputeran awan, produk itu memanfaatkan kuasa pemprosesan Edge berteknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI) bina dalam.

 

 

Ciri-ciri dan spesifikasi utama PanaCast 20

  • Intelligent Zoom Suai Padan 
  • Dilengkapi kelebihan Intelligent Light 
  • Picture-in-Picture – Penyepaduan penstriman video kedua dalam video utama pengguna
  • Teknologi Video HD Ultra 4K & HDR
  • Teknologi pemprosesan Edge berasaskan AI – lebih selamat dan memberi pengalaman terbaik 
  • Sambungan serta-merta Pasang & Main

 

 

Jabra PanaCast 50 boleh didapati di pasaran mulai 15 Julai 2021 dengan pilihan warna hitam dan kelabu pada harga RM6,500.

 

Sementara itu, Jabra PanaCast 20 pula ditawarkan dengan harga lebih murah iaitu RM1,600 dengan penampilan warna hitam mulai 15 Julai 2021. - DagangNews.com