Japan Airlines iktiraf Brahim’s Food Services sebagai `katerer paling ditambah baik di seluruh dunia' | DagangNews Skip to main content

Japan Airlines iktiraf Brahim’s Food Services sebagai `katerer paling ditambah baik di seluruh dunia'

Dari kiri: Kamiya Shigeo, lchihara Yukiko, Faizal Rosli Datuk Abdullah dan Siti Sarah pada majlis penyampaian anugerah Japan Airlines pada 27 Jun 2024.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 28 Jun - Japan Airlines telah menganugerahkan Brahim's Food Services Sdn Bhd sebagai "Katerer Paling Ditambah Baik di Seluruh Dunia" (Most Improved Caterer Worldwide) di bawah Kategori Anugerah Kualiti Kebersihan.

 

Pengarah Kumpulan Pengurusan Keselamatan Japan Airlines, lchihara menyampaikan sijil anugerah kepada Ketua Pegawai Operasi, Brahim’s Food Services Sdn Bhd, Faizal Rosli Datuk Abdullah.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Brahim’s Food Services: Peneraju utama penyediaan makanan halal untuk syarikat penerbangan terbaik dunia

 

“Tahniah kepada semua warga Brahim's atas usaha kuat, kerja keras dan keazaman anda dalam menjayakan Audit Kebersihan Japan Airlines baru-baru ini.

 

"Kerjasama dan kerja berpasukan anda telah membuahkan kejayaan dan hari ini kami menerima pengiktirafan daripada Japan Airlines. Bersama-sama kami akan berusaha untuk memberi perkhidmatan kepada Japan Airlines dengan lebih baik!”, kata Faizal.

 

Hadir pada majlis penyampaian anugerah ialah Penolong Pengurus, Kumpulan Operasi Katering Japan Airlines, Kamiya Shigeo, dan Ketua Pemasaran, Brahim’s Food Services Sdn Bhd, Siti Sarah.

 

 

brahim

 

 

Kumpulan Japan Airlines melaksanakan sistem pengurusan keselamatan makanan untuk anak syarikat yang disatukan yang mengendalikan makanan bagi menyediakan makanan yang selamat dan terjamin yang boleh dipercayai oleh pelanggannya.

 

Japan Airlines juga menjalankan audit kebersihan dua kali setahun ke atas katerer di semua tapak operasi dan kerap di lounge kendalian sendiri, untuk memastikan piawaian pengurusan kebersihan yang sesuai untuk jenama JAL dikawal ketat.

 

Manual Pengurusan Kebersihan, yang berdasarkan undang-undang dan Codex yang berkaitan di setiap negara, mentakrifkan piawaian kebersihan yang perlu dipatuhi, termasuk kriteria penghakiman risiko, item semakan audit dan kaedah untuk menganalisis `trend nyaris berlaku'.

 

Katerer dan lounge telah menetapkan prosedur untuk memastikan pengurusan yang sesuai mengikut kandungan Manual Pengurusan Kebersihan. - DagangNews.com