Jerayawara Solar 2020-2021 bantu sasaran tenaga baharu | DagangNews Skip to main content

Jerayawara Solar 2020-2021 bantu sasaran tenaga baharu

Jerayawara Solar 2020-2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Persatuan Perusahaan Fotovolta Malaysia (MPIA) melancarkan Jerayawara Solar 2020-2021 sebagai inisiatif untuk memenuhi sasaran penghasilan negara baharu negara.

Presidennya, Chin Soo Mau berkata, jerayawara itu juga akan menjadi platform bagi penyediaan maklumat sehenti mengenai dasar dan pelbagai lagi.

"Jerayawara Solar 2020-2021 adalah inisiatif untuk penuhi sasaran tenaga baharu sebanyak 20% menjelang 2025.

"Ia juga akan menjadi platform kepada beberapa perkara lain seperti program, insentif cukai, pembiayaan, liputan insurans, risiko dan pulangan pelaburan, pajakan solar dan perjanjian pembelian tenaga (PPA) bagi pelaburan sistem fotovoltaik solar (PV)  di bumbung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jerayawara itu juga dianjurkan sebagai medium perkongsian maklumat langsung tang tepat daripada sumber yang sebenar.

"Bagi memenuhi sasaran nasional kita dalam tenaga boleh baharu, MPIA terpanggil untuk mengisi keperluan berkenaan.

"Kita telah menjemput penceramah daripada pihak berkuasa dan industri untuk sesi perkongsian maklumat secara langsung," tambahnya lagi.

Lebih empat juta bangunan di Malaysia berpotensi untuk dipasang sistem PV bagi tujuan tenaga percuma dan boleh baharu daripada matahari.

Namun, hanya 12,000 yang dianggarkan telah memasang sistem PV solar untuk penggunaan elektrik.

"Penggunaan sistem PV solar oleh syarikat bukan sahaja untuk tujuan perubahan iklim, tetapi untuk tujuan penjimatan bil elektrik selain menambah nilai kepada imej korporat ke arah penglabelan hijau," ujarnya. - DagangNews.com