Jualan hartanah Mah Sing dijangka lebih tinggi pada 2H20 | DagangNews Skip to main content

Jualan hartanah Mah Sing dijangka lebih tinggi pada 2H20

Mah Sing

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Syarikat pengendali hartanah, Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) dijangka akan mencatatkan jualan hartanah yang lebih tinggi menjelang separuh kedua 2020.

Analisis TA Securities terhadap sektor hartanah hari ini berkata, jangkaan lebih positif itu didorong oleh beberapa pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan serta inisiatif syarikat berkenaan.

"Meskipun kami mengekalkan unjuran penjualan hartanah Mah Sing untuk tahun kewangan 2020 sebanyak RM1.0 bilion, kami menjangkakn penjualan hartanahnya akan bertambah kuat untuk tempoh separuh kedua 2020.

"Ia didorong oleh pekej (PENJANA) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dan HOC (Kempen Pemilikan Rumah) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan di samping kempen penjualan dan pemasaran agresif yang dijalankan Mah Sing," jelas TA Securities.

Mengulas lanjut, TA Securities memberitahu, jangkaan jualan hartanah lebih tinggi itu lebih dikhususkan kepada permintaan rumah mampu milik di kawasan bandar seperti M Luna di Kepong dan M Adora di Wangsa Melawati.

Kedua-dua hartanah yang dilancarkan pada jun dan Julai itu telah mencapai 90% pengambilan untuk fasa pertama.

Dalam nota kajian yang sama, TA Securities turut memberi keyakinan kepada Mah Sing untuk mencapai sasaran penjualan sebanyak RM1.1 bilion pada tahun kewangan 2020.

Sasaran itu mampu dicapai dengan mempertimbangkan jumlah jualan sebanyak RM419 juta pada separuh pertama 2020 yang merangkumi 38% daripada sasaran tersebut.

Selain itu, jumlah tempahan yang tinggi berjumlah RM1.6 bilion dan RM700 juta pelancaran baharu untuk separuh kedua 2020 turut menjadi pemacu kepada capaian sasaran berkenaan. 

TA Securities turut membuat semakan terhadap unjuran pendapatan Mah Sing sekali gus menaikkan harga sasaran sesaham (TP) kepada RM1.28 berbanding RM0.96.- DagangNews.com