Jualan hebat airasia.com super app catat peningkatan pesanan 1000% | DagangNews Skip to main content

Jualan hebat airasia.com super app catat peningkatan pesanan 1000%

Oleh YEO LI SHIAN
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Jualan hebat airasia.com super app yang berlangsung baru-baru ini mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan peningkatan pesanan sehingga 10 kali ganda (1000%) sepanjang minggu 12 hingga 18 Oktober lalu.

Menurut Air Asia, tiga produk pilihan pelanggan itu termasuk makanan segar, sejuk beku dan siap dibungkus.

Turut menyaksikan peningkatan sebanyak 1150% adalah jumlah pesanan di platform makanan airasia.com, airasia food yang melibatkan pelanggan-pelanggan di kawasan Lembah Klang.

“Dalam jualan airasia.com Super Sale yang julung kali diadakan itu, pelanggan berpeluang menikmati tawaran diskaun sehingga 90% untuk pembelian makanan, penghantaran produk segar, aktiviti serta penjagaan kesihatan,” kata Air Asia dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai pelengkap gaya hidup harian pelanggan, kemudahan perkhidmatan airasia.com bakal diperluaskan ke kawasan lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Sementara itu, airasia shop yang menggalakkan trend membeli-belah dalam talian juga mencatatkan peningkatan jumlah pesanan sebanyak 380% berbanding minggu sebelumnya.

“Pelanggan tidakk perlu bersesak-sesak di pasar raya untuk mendapatkan barangan keperluan kerana menerusi pelbagai promosi kilat yang ditawarkan sepanjang jualan airasia.com Super Sale, anda boleh menikmati diskaun sehingga 60 peratus!” tambah Air Asia lagi.

Semua tempahan di sekitar Lembah Klang akan dihantar pada keesokan hari menerusi cabang logistik Kumpulan AirAsia, Teleport bagi menjamin kesegaran produk-produknya.

Buat masa ini, kawasan penghantaran produk merangkumi Semenanjung Malaysia (Lembah Klang) serta dari Sabah/Sarawak ke Lembah Klang.

“Pembeli yang merindui produk-produk bebas cukai seperti wangian, alat elektronik dan kesihatan air asia juga berpeluang menikmati diskaun hingga 50% untuk barangan bebas cukai dan perjalanan di airasia shop selama 24 jam hanya pada 21 Oktober 2020,” tambahnya. – DagangNews.com