Jualan RM1.82 juta dicatat pada Jelajah Hari Terbuka Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak Daerah Kuala Kangsar | DagangNews Skip to main content

Jualan RM1.82 juta dicatat pada Jelajah Hari Terbuka Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak Daerah Kuala Kangsar

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir pada program Jelajah Hari Terbuka Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak Daerah Kuala Kangsar.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 7 Feb -.Sebanyak RM1.82 jualan pelbagai produk berjaya dicatatkan pada Jelajah Hari Terbuka Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 Daerah Kuala Kangsar.

 

Ini termasuklah potensi pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan kecil oleh pelbagai institusi kewangan.

 

Pengerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, program tersebut telah menarik kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung.

 

Menurut beliau, lebih 4,000 pengunjung pula direkodkan hadir untuk berurusan dengan 45 gerai pelbagai agensi kerajaan yang turut serta.

 

Jualan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Usahawan dan Koperasi negeri Perak, Salbiah Mohamed (tengah) semasa melawat gerai-gerai jualan pada program tersebut.
 

 

Jualan
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang disediakan pelbagai agensi.

 

“Antara mendapat tumpuan ialah gerai pendaftaran maklumat sistem Pangkalan Data Utama (PADU), STeP, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

 

“Turut dikunjungi ramai ialah gerai pameran dan penerangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan klinik pergigian bergerak.

 

“Ini kerana fokus program ini bukan hanya pada jualan keusahawanan tetapi juga memberikan khidmat kepada rakyat khususnya penduduk luar bandar yang datang,” ujarnya.

 

Program bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar itu anjuran STeP, Perak SADC dan Suruhanjaya Koperasi Negeri Perak (SKM Perak).

 

Jualan

 

Ia dibantu Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar serta sokongan 42 kementerian, jabatan dan pelbagai pihak berkuasa.

 

Bagaimana pun, tarikan pada program ini ialah Jualan Madani dan Koperasi Usahawan oleh SKM Perak bersama jualan Kedai Bergerak Negeri Perak oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

 

Turut ditawarkan kepada orang ramai ialah jualan ayam dan telur pada harga diskaun oleh Perak SADC dan pelbagai hasil laut segar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Perak dan Jabatan Perikanan Negeri Perak.

 

Jelas Mohamad Rozlan, pada program itu juga beberapa usahawan berpotensi di daerah Kuala Kangsar menerima skim bantuan geran dan pinjaman oleh pelbagai agensi seperti STeP, Perak SADC, MARA dan Yayasan Perak.

 

Jualan
Salbiah (tengah) bersama usahawan yang menerima skim bantuan daripada Perak SADC.

 

“Program ini memenuhi objektif utama membantu menyebarluaskan maklumat berkenaan program dan bantuan keusahawanan kepada rakyat Perak.

 

“Selain mempermudahkan urusan seramai mungkin usahawan untuk berjumpa terus dengan semua agensi dan bank untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat,” ujarnya. - DagangNews.com