Jualan Toyota, Lexus meningkat 96% kepada 7,528 unit pada Januari 2022 | DagangNews Skip to main content

Jualan Toyota, Lexus meningkat 96% kepada 7,528 unit pada Januari 2022

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Feb - UMW Toyota Motor mencatatkan peningkatan jualan untuk Toyota dan Lexus sebanyak 96% kepada 7,528 unit pada Januari 2022 berbanding 3,845 unit pada tempoh sama tahun lalu.

 

Kejayaan itu membolehkan Toyota merampas semula kedudukan No.1 pengeluar jenama bukan kebangsaan sejak enam tahun lalu

 

Dalam kalangan model kereta penumpang, Vios kekal sebagai model terlaris Toyota dengan sumbangan sebanyak 28% daripada jumlah jualan bulan ini manakala Hilux menjadi trak pikap terlaris dengan menyumbang sebanyak 38%.

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kepada melanjutkan tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun 2022.

 

"Pendekatan itu nyata banyak membantu pemain industri automotif untuk pulih daripada impak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

 

"Kami juga menggalakkan peminat Toyota untuk memanfaatkan peluang pengecualian SST untuk mendapatkan kereta idaman mereka bersama dengan tawaran istimewa daripada UMW Toyota Motor," katanya dalam satu kenyataa, hari ini.

 

totya

 

Kempen UMW Toyota Motor ‘Stay Ahead’ menawarkan penjimatan sehingga RM4,500.

 

Promosi itu juga menawarkan ansuran bulanan untuk model Vios pada harga RM540 sebulan selain penjimatan RM2,216 untuk SST selain model Yaris pada harga anuran bulanan RM493 dengan penjimatan RM2,192 untuk SST.

 

Awal bulan ini, syarikat itu turut bekerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor untuk membantu rakyat yang terjejas akibat banjir menerusi kempen 'Back On Your Feet'.

 

Syarikat itu turut menyumbangkan RM10,000 untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Lui bagi tujuan baik pulih bahagian yang rosak selain mereka turut menyumbangkan barangan keperluan rumah kepada komuniti terjejas di Sungai Lui seperti periuk nasi, cerek dan dapur gas.

 

Ravindran berkata, pihaknya berbesar hati keranan berpeluang untuk bekerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor dalam usaha membantu masyarakat yang terkesan bagi membolehkan mereka berdiri semula untuk meneruskan kehidupan. - DagangNews.com