Jumlah kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri meningkat kepada 73 orang | DagangNews Skip to main content

Jumlah kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri meningkat kepada 73 orang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 2 Dis - Seramai 71 pelajar dan dua guru sekolah berasrama penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya, disahkan positif COVID-19, setakat ini dengan 65 pelajar sudah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang untuk.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka adalah pesakit kategori satu serta dua dan dilaporkan stabil.

 

"Seramai 451 individu sudah disaring iaitu 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas. 

 

"Semua guru dan pelajar lengkap vaksinasi kecuali empat individu yang belum lengkap vaksinasi.

 

"65 pelajar sudah dihantar ke PKRC manakala 242 kontak rapat dikuarantin di asrama sekolah ini," katanya menerusi laman Twitter, hari ini.

 

Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik.

 

BACA JUGA: 65 pelajar Sekolah Seri Puteri didapati positif COVID-19

 

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri disahkan positif COVID-19 dan telah berkeunjung ke skolah itu bagi meninjau keadaan semasa.

 

Kejadian itu dipercayai bermula daripada seorang guru yang dijangkiti COVID-19. - DagangNews.com