KAF naikkan harga sasaran saham Mah Sing kepada RM1.10 | DagangNews Skip to main content

KAF naikkan harga sasaran saham Mah Sing kepada RM1.10

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. -  KAF Equities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'Beli' bagi saham Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) dan menaikkan harga sasarannya kepada RM1.10 daripada RM1.08.

 

KAF berkata, pihaknya yakin bahagian perniagaan sarung tangan Mah Sing akan menguntungkan kerana kumpulan itu telah berjaya mendapatkan beberapa pesanan dengan harga yang berpatutan. 

 

"Selain itu, dengan pasukan pengurusan yang berpengalaman menjalankan perniagaan sarung tangan, Kumpulan ingin meningkatkan kecekapan operasinya dengan kawalan kos yang lebih baik. 

 

"Lebih penting lagi, prajualan Mah SIng dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang bermula dari 2021. 

 

"Tambahan pula, pihak pengurusan sedang mengubah strategi pembangunannya untuk mengembangkan penawaran produk rumah bertanah mampu milik untuk menangkap permintaan limpahan di kawasan terpencil," katanya dalam nota kajiannya di sini hari ini.

 

Dalam 8 bulan pertama tahun ini, Mah Sing berjaya memperoleh jualan sebanyak RM1.bilion dengan tempahan tambahan bernilai RM800 juta. 

 

"Pihak pengurusan Mah Sing yakin dapat mencapai sasaran prajualan sebanyak RM1.6 bilion pada 2021. 

 

"Salah satu perkara penting daripada mesyuarat kami ialah pihak pengurusan yakin pada pasaran hartanah untuk tahun depan. Kumpulan itu menjangkakan jualan dan pelancaran yang lebih kukuh pada 2022," katanya. -DagangNews.Com