Kaji cadangan laksana pendaftaran vaksin secara automatik - PM | DagangNews Skip to main content

Kaji cadangan laksana pendaftaran vaksin secara automatik - PM

 

KUALA LUMPUR 5 Jun - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melihat semula proses pendaftaran vaksin termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik, bagi memastikan lebih ramai rakyat divaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, .

 


Perdana Menteri berkata, beliau juga mendengar keluhan daripada penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman terutamanya warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

 

"Untuk itu, saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat agar menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan untuk mereka mendapat vaksin," katanya menerusi ucapan berhubung perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,  yang disiarkan di stesen televisyen tempatan hari ini. 

 

Setakat semalam, seramai 1,127,336 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Mengambil maklum keresahan ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu untuk menerima vaksin masing-masing, perdana menteri turut mengarahkan JKJAV memastikan mereka yang telah mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin. 

 

Beliau berkata  sehingga hari ini, hampir 13 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, iaitu hanya 51% daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk menerima vaksin. - DagangNews.com